AKU SEORANG HAMBA

Siapa DIA yang mampu mencipta seorang 'aku'.... pasti DIAlah yang maha hebat yang mampu mencipta dunia!

Sebelum 15 Mei 2010....

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmaanirrahiim...

Bersyukur kepada Allah di atas kurniaanNya, kesempatan dan kemampuan menyampaikan apa yang menjadi tanggungjawab kita semua, insyaAllah.

Kepada yang sudi membaca, diharap semoga Allah bukakan hati-hati kita mengorak langkah menjalankan kewajipan kepada saudara seIslam di mana jua, terutama di Gaza khasnya.

Projek Kutipan Dana Life Line 4 Gaza masih lagi dibuka, insyaAllah. Setakat hari ini, kutipan masih lagi belum mencukupi, sedangkan mereka di sana sedang bertarung nyawa. Ubat-ubatan yang tak mencukupi, doktor yang sedikit, hospital pun dalam keadaan dhaif, keperluan yang serba kekurangan.

Bukalah mata hati kalian (kita)... Pandanglah kesengsaraan mereka. Mereka diancam dan berjuang bukan sahaja dengan Israel malah mereka berjuang untuk hidup, mereka berlawan dengan kelaparan, mereka menahan kesejukan namun mereka tidak takut atau menyerah kalah. Mereka idamkan syahid di jalanNya. Kanak-kanak tidak mengenal taman-taman permainan atau melancong pada musim cuti sekolah. Apa yang mereka tahu, setiap hari perlu melepasi benteng-benteng Israel untuk pergi belajar. Para ramaja melontar batu berlawan dengan kereta kebal Israel. Tiada masa untuk berparti menyambut hari lahir atau membeli-belah.... Anak dara berkahwin pada umur belasan tahun. Mereka rela untuk berjuang melahirkan para mujahidin.

Sedarkah kita bahawa mereka sebahagian dari kita dan kita sebahagian dari mereka??? Dalam harta kita ada hak mereka.... Walaupun hanya RM1.00, besar ganjarannya di sisi Allah jika kita ikhlas....

Marilah wahai saudaraku, marilah wahai sahabatku, marilah wahai umat Islam.... hulurkanlah sedekah anda untuk rakyat Palestin. Semoga ia menjadi penyelamat kita di akhirat Allah, insyaAllah.


Surat rasmi kutipan dana Life Line 4 Gaza


Surat rasmi dari iHH yang telah melantik Haluan Palestin bagi Projek Kutipan Dana Life Line 4 Gaza




Laporan BERNAMA

Sesiapa nak meyertai saya....
No akauan Maybank : 151306633619 (FATHIAH BINTI AMAR)
Tolong bagi tau jika anda ada bank in melalui emel : conan_edogawa@live.com.my 

Semoga terbuka hati anda (kita) untuk menghulurkan sedikit sedekah..... Semoga Allah membantu kita berjuang di jalanNya, insyaAllah.

Talian Hayat


Bismillahirrahmanirrahiim...

Life Line 4 Gaza atau Talian Hayat ke 4 Gaza merupakan kempen peringkat antarabangsa dalam usaha membebaskan Gaza dari tangan Israel. Pergerakan ini berpusat di Cyprus, Turki, Indonesia dan lain-lain lagi.
Ia merupakan lanjutan daripada program-program Talian Hayat sebelum ini.

Antara NGO dari Malaysia yang menyertai kempen ini ialah:
  • HALUAN Palestin (HALUAN - Pertubuhan Himpunan Lepasan Istitusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia) 
  • PACE (Palestine Centre for Excellence)
  • JIM (Jemaah Islam Malaysia)
  • Aqsa Syarif
  • Pertubuhan Mawaddah Malaysia
  • Viva Palestina Malaysia
  • MAPIM (Majlis Perundingan Pertubuhan-pertubuhan Islam Malaysia)

Seperti yang dilaporkan, dalam program Lifeline sebelum ini, aktivis-aktivis antarabangsa termasuk dari Malaysia yang cuba memasuki Gaza melalui pintu Rafah di Mesir telah disekat oleh pihak pemerintah Mesir. Dengan susah payah, setelah ditangkap sehingga ada yang cedera parah, dengan izin Allah, mereka berjaya membawa masuk kenderaan-kenderaan yang sarat dengan ubat-ubatan, makanan dan sebagainya ke Gaza. Namun semuanya masih belum mencukupi.


Kini Mesir sedang membina tembok besi sedalam 20-30m ke bawah tanah sehingga 9-10 km. Langkah ini telah menutup lebih seribu terowong bawah tanah yang menjadi satu-satunya jalan yang tinggal bagi rakyat Palestin mendapatkan bekalan makanan, ubat-ubatan dan lain-lain dari luar. Persisiran pantai mereka sentiasa dikawal ketat oleh Israel sejak bertahun-tahun dahulu. Tanaman telah habis dilanyak kereta kebal. Haiwan peliharaan dirampas dan dibunuh. Tiada apa yang tinggal buat mereka. Segala jalan keluar masuk dengan dunia luar telah ditutup secara paksa melainkan yang tinggal hanyalah pintu-pintu yang dikawal ketat. Ia adalah penjara terbesar di dunia ini!

Tembok besi yang sedang dibina oleh Mesir telah menutup terowong bawah tanah dari Gaza

Perjanjian demi perjanjian hanyalah mainan Zeonis bagi mengaburi mata masyarakat antarabangsa. Apa yang nyata, setiap hari ada saja nyawa rakyat Islam Palestin melayang di tangan mereka.

Semasa pemerintahan Mustafa Kamal yang menjatuhkan kerajaan kalifah Islamiyah di Turki, beliau telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan haram Israel. Antara intipatinya ialah Kerajaan Turki tidak boleh menyerang mana-mana kapal Israel dan sebaliknya.

Dengan ini, Lifeline 4 dengan kerjasama dari PM Turki, Recep Tayyip Erdogan akan menggunakan 'kelebihan' ini bagi menyampaikan misi bantuan ke Gaza melalui jalan laut.

PM Turki, Recep Tayyip Erdogan

Objektif HALUAN dalam misi ini adalah
  1. Menyedarkan masyarakat tentang agenda kejam Zionis Israel terhadap rakyat Palestin.
  2. Mengajak masyarakat Malaysia bersama menentang dasar 'aparthied' serta pembersihan etnik yang menjadi teras utama Israel.
  3. Mengutip dana khas bagi projek kemanusiaan bagi membantu rakyat Palestin.
  4. Menghantar misi kemanusiaan berbentuk perubatan, pendidikan dan kebajikan ke Gaza.

HALUAN Palestin juga diberi kepercayaan dalam misi kemanusiaan ini antaranya
  1. Membina telaga tiub di Gaza dengan kerjasama Wisma Putra.
  2. Memberi bantuan mikrokredit di Gaza dengan kerjasama Wisma Putra.
  3. Membina Masjid Ahmad Yassin di Gaza.
  4. Kerjasama hantaran bantuan ke Gaza bersama NGO antarabangsa.

Oleh itu, marilah kita sama-sama membantu dengan kemampuan yang Allah pinjamkan kepada kita ini kepada saudara seIslam di sana. Bagi sesiapa yang ingin menyampaikan bantuan berbentuk kewangan, bolehlah melakukan demikian melalui akaun bank seperti di bawah. Sesiapa yang mempercayai saya, boleh juga menghubungi saya melalui emel (conan_edogawa@live.com.my) atau telefon bagi yang mengenali untuk tujuan yang sama. Sumbangan ini dibuka sehingga selewat-lewatnya pada 13 April 2010. InsyaAllah.


Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman sesawang berikut:

"Bandingkan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya." [Al-Baqarah : 261]

Rasulullah....

Alhamdulillah. Dengan keizinan-Nya,aku diberi kekuatan, ruang dan peluang mengikuti majlis-majlis ilmu.

Semoga program-program yang aku hadiri ini menjadi laluan aku melihat kebesaran Allah dan merasai kasih cinta Rasulullah.

Bagaimana cinta Rasulullah itu..? Cinta baginda tidak mengenal bangsa keturunan, pangkat, harta kekayaan, latar belakang keluarga dan cantik paras rupa. Cinta ini kekal selama hayat baginda, berlanjutan hingga ke padang mahsyar, dan akhirnya menunggu kita di syurga. Betapa agung cintamu ya Rasulullah.

Dan.. aku menitiskan air mata melihat vedio ini...


Bandingkan dengan cinta kita... masih sesama Islam, tapi dipenjara dek keturunan, dendam semalam, latar belakang keluarga, fahaman politik, bangsa dan negara....


Memang sangat jauh ibarat langit dengan bumi.



Apa kita buat jika jiran sebelah baru pindah, adakah sukarela menolong?
Melihat ibu yang penat dan sakit, adakah kita pinta dia rehat, biar kita saja yang buat semua kerja?
Andai saudara keputusan duit, bersungguhkah membantu sebelum diminta?
Apatah lagi yang jauh di mata...sedarkah mereka saudara seagama.....???


Sedangkan kita cukup makan, malah berlebihan dan terbuang selalu. Pakaian sampai tak muat almari. Kenderaan sorang satu.

Ya Allah, timbulkan rasa dari hati-hati kami, kasih sayang yang diikat oleh akidah Islam, yang tunjangnya adalah demi Tuhan yang esa, iaitu Engkau ya Allah....

Wanita yang dicintai IBLIS

Catatan , ini adalah peringatan buatku dan saudara-saudaraku di luar sana. Semoga perkongsian ilmu yg sedikit ini memberi kebaikan kepada kita semua insyaAllah. Segala kekurangan harap dimaafi. Sesungguhnya yang buruk itu datang dari diri ini dan yang baik itu dari Allah yang Maha Sempurna.


1. Wanita yang menderhaka kepada Allah
  • Tidak mengenal Allah
  • Cinta dunia takut mati - suke kemewahan dunia untuk bersenang-lenang bukan untuk dakwah
  • Hati yang kotor
  • Melakukan dosa - tak bertaubat kalau tersilap, tp syok je.. terus buat lagi
  • Tidak mahu berdoa - sombong dgn Allah
  • Wanita PENDENDAM

2. Wanita yang menderhaka kepada ibu bapa
  • Menyakiti ibu bapa

3. Isteri yang derhaka kepada suami
  • Isteri yang menolak panggilan suami
  • Mendedahkan aurat kepada lelaki selain suami
  • Tidak redha dengan pemberian suami - walaupun murah
  • Menyakiti hati suami
  • Mengejek dan mengutuk suami
  • Membenci poligami
  • Isteri yang derhaka kepada MERTUA (ibu bapa kepada suaminya)

4. Wanita yang mendedahkan aurat
  • Menampakkan perhiasan
  • Melakukan kemungkaran
  • Wanita yang menyukai fitnah
  • Berpakaian tapi telanjang - ketat, jarang, warna yang terlalu 'meriah', wangi harum semerbak

5. Wanita yang menyerupai lelaki
  • Dari segi pakaian
  • Dari segi suara

6. Wanita yang menyerupai orang kafir
  • Dari segi pakaian
  • Dari segi perbuatan
  • Memakai pakaian yang ada tanda salib
  • Memakai pakaian yang ada gambar makhluk bernyawa

7. Wanita yang tidak mahu mengurus anak
  • Mengabaikan anak
  • Cerewet kepada anak
  • Memandang remeh dan menengking
  • Tidak mahu berkumpul dan beramah mesra
  • Sibuk bekerja
  • Mengutamakan harta benda daripada anak / keluarga
  • Penyakit wanita berkarier

8. Wanita yang dimurkai Allah


WANITA YANG DICINTAI IBLIS, susunan Khairul Ghazali, Terbitan Darul Nu'man, 2003

WHY???



Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? [SURAH AL-ANBIYAA': 30] 

Teori Big Bang 
http://us1.harunyahya.com/Detail/T/724BBCSO189/productId/4477/BIG_BANG,_LEDAKAN_YANG_MENGHANCURKAN_PAHAM_MATERIALISME_%281%29  

http://us1.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/4478/BIG_BANG,_LEDAKAN_YANG_MENGHANCURKAN_PAHAM_MATERIALISME_%282%29#dipnot

Dan Kami ...telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai mencapai keperluan rohani dan jasmani. [SURAH AL-ANBIYAA' : 31] 

Gunung mencegah gempa bumi & penentu arah angin
http://www.harunyahya.com/indo/buku/keajaiban3.htm

Dan Kami telah menjadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal, sedang mereka (yang kafir itu) berpaling tidak memerhatikan tanda-tanda (kekuasaan Kami) yang ada padanya. [SURAH AL-ANBIYAA' : 32]

Atmosfera bumi sebagai pelindung bumi
 http://www.keajaibanalquran.com/astronomy_roof.html

Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas). [SURAH AL-ANBIYAA' : 33] 

Matahari dan bulan penentu siang dan malam, tetap waktunya tidak lambat dan tidak cepat
http://www.harunyahya.com/indo/buku/menyingkap016.htm

Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil, untuk (menimbang amal makhluk-makhluk) pada hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun; dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung); dan cukuplah Kami sebagai Penghitung. [SURAH AL-ANBIYAA' : 47]

Sesungguhnya agama Islam inilah agama kamu, agama yang satu asas
pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku. [SURAH
AL-ANBIYAA' : 92]

Ke KL Lagi...

Seminggu selepas ke KL (Kuala Lumpur), aku dan suami ke KL lagi, kali ni bersama family sebelah suami pula. Ada majlis walimah anak sepupu suami, Linda namanya. Majlis nikah pada malam 19 Mac 2010 dan majlis walimahnya pada 20 Mac 2010.

Mulanya kami bercadang akan bermalam di rumah abang iparku (angah / Mohamad Razif - anak ke-2). Namun disebabkan beberapa 'masalah', kami terpaksa menempah hotel berdekatan tempat kejadian.

Dari Kluang 2 kereta. 1 kereta A-an (Mohamad Farhan - abang ke-2 suamiku, anak ke-4). Dia bersama isterinya (Nor Aishah) akan terus pulang ke Perak. 1 kereta lagi ialah kereta bapa mertuaku (Abu Amin Abdul Rahman). Drivernye suamiku. Jadi, bapa mertua, ibu mertua (Romini Sulaiman) suamiku dan aku sekereta la.

Kami bertolak dalam pukul 3.30 ptg selepas Jumaat, 19 Mac 2010 sejurus selepas Ude (Norazlina - kakak  suamiku, anak ke-3) sekeluarga dan seorang rakan berangkat pulang ke Kedah. Suamiku telah bercuti dari hari Khamis lagi kerana ingin meluangkan masa bersama Ude yang jarang dapat bertemu kerana menetap jauh di Kedah mengikut suami. Ude telah pulang ke Kluang bercuti beberapa hari sempena cuti sekolah.

Cuaca agak redup, tidak panas dan tidak pula hujan pada ketika itu. Kami berhenti rehat dan solat jamak di R&R Seremban. Hujan telah turun beberapa minit sebelum itu dan kian lebat. Basah kuyup jadinya kami, tambahan pula tiada payung. Yang membimbangkan adalah ibu mertuaku kerana kakinya sudah tidak kuat. Mujur ada yang sudi meminjamkan payung. Kami terpaksa menukar pakaian untuk majlis pernikahan Linda malam itu kerana tidak sempat nak ke hotel memandangkan kami telah lewat 1 jam bertolak dari Kluang dan jem.

Hujan mula reda namun belum berhenti. Kami meneruskan perjalanan dalam pukul 7pm lebih. Masalah aircond timbul lagi (seperti minggu lepas - Saat-saat Bersama Keluarga). Penghawa dingin tidak berfungsi!!! Teringat sebelum berhenti aku perasan ada bau pelik dari angin aircond...

Suamiku nekad meneruskan perjalanan dalam keadaan hujan dan kereta berwap...huhu. Kami berselawat dan berdoa pada Allah agar dipermudahkan urusan kami. Alhamdulillah, kami tidak sesat dan tiba awal sebelum majlis bermula. Dapatlah menghilangkan penat... Tapi, perut masing-masing berkeroncong... Teringat bekal nasi dan lauk ayam masak kicap dalam bonet belakang Volvo abah. Sempat juga kami 'mencopet' beberapa biji kuih hidangan untuk jamuan selepas majlis akad nikah.

Angah tiba beberapa minit sebelum majlis bermula. Dia berdua sahaja dengan anak sulongnya, Kimi. Isterinya kak Yan (Norazian Rahmat) dan anak bongsunya ,Sofea tidak ikut. Sofea tak berapa sihat katanya. Majlis akad nikah berlangsung dengan jayanya. Majlis diakhiri dengan marhaban yang dipimpin oleh abah. Lepas tu... apa lagi makannnn! Alhamdulillah.

Lepas tu baru la nak ke 'hotel'. Menurut Abang Aziz (bapa Linda, sepupu suamiku) ada sebuah hotel berdekatan. A-an pula kata, dia ada nampak hotel tersebut semasa kami menuju ke sini. Alhamdulillah, jumpa dengan senangnya. Cuma tak berapa senang dengan keadaan 'hotel' itu... Aku rasa ia tak layak dipanggil hotel, mungkin rumah tumpangan ke... Biliknya sangat sempit, bantalnya berbau peluh, dan..... Agak geli la jugak, tapi terpaksa. Aku dan suami solat berjemaah di atas katil. Di bilik mak dan abah terdapat sebuah Bible, tapi di bilik aku tiada. Dalam peti ais setiap bilik (aku rasa) ada air minuman termasuk arak selain makanan ringan. Di hotel tu juga ada saudara lain yang datang jauh menyewa di situ. Mak Ude, kakak abah menangis kerana tidak selesa untuk solat. Kesian...

Aku dan suami saling mengingati agar tetap bersyukur. Bayangkan umat Islam lain seperti di Palestin yang hanya tidur di runtuhan banggunan...

Esoknya kami bersarapan di warong depan 'hotel'. Setelah itu aku menemani suami menghantar kereta untuk dibaiki aircondnya di bengkel berdekatan. Alhamdulillah, hanya RM10.00 dikenakan. Aku bayangkan mungkin beratus... Masalahnya hanya wayarnya putus.

Kami check out pada pukul 11.00 pg dan terus ke rumah pengantin. Ramai saudara sebelah suamiku dapat aku kenal. Sebenarnya suamiku sendiri juga telah lama tak bertemu dengan sebahagian dari mereka sejak kecil. Sebab tu aku menyokongnya pergi ke majlis ni walaupun ada halangan. Sementara mak dan abah masih hidup, dapatlah mereka kenalkan saudara-maranya kepada anak-anak. Takut-takut terputus saudara. Ayahku kata, besar pahalanya menyambungkan tali silaturrahim, manakala memutuskannya adalah berdosa besar. Aku juga pernah terbaca sepotong hadis Nabi SAW seperti itu, tapi aku tak berapa ingat biji butirnya.

Jadi kalau ada orang tak mau bersaudara dan tak mau bertegur sapa dengan aku, dia yang rugi, dia yang berdosa. Mungkin aku ada salah menyebabkan dia mengelak bersalam dengan aku, tapi alasannya amatlah kelakar. Tak elok la aku ceritakan di sini. Cuma harap-harap tuan punya badan... kalau-kalau terbaca coretan aku ni, dapat la dia fikir-fikirkan. Aku dah menghulurkan salam, wajib dijawab, tapi dia menepis. Aku rasa aku dah terlepas... Aku sendiri tak tahu hujung-pangkal tiba-tiba aku diboikot. Biarla... hanya Allah yang tahu. Aku minta maaf kepada "dia" kalau "dia" membaca...

Dapat juga bertemu dengan Edil (Zahidil Fadli - adik suamiku, anak ke-8) dan angah sekeluarga. Edil belajar di Pusat Latihan Kejuruteraan MAS. Acik (Norazmah - adik perempuan suamiku, anak ke-6) dan suaminya dari Banting tak sempat kami jumpa. Samada mereka datang majlis tu atau tidak aku tak pasti. Along (Nor Amiza - kakak suamiku, anak pertama) sekeluarga, Apis / Abang (Mohamad Hafiz - adik suamiku, anak ke-7), Ude dan Pa-in  (Nur Farahin - adik suami, anak bongsu) tak dapat hadir kerana urusan masing-masing.

Setelah itu, kami bertolak balik ke destinasi masing-masing. Abah, mak, aku dan suamiku pulang ke Kluang. Esok pagi selepas subuh, aku dan suami bertolak ke Kota Tinggi memasang wallpaper, selepas itu ke sebuah rumah lagi di Taman Setia Tropika di JB juga memasang wallpaper. Tepat 12.00 tengah malam, kerja itupun selesai. Kami terus bergegas pulang... Alhamdulillah.

Saat-saat bersama keluarga

Pada 13 Mac 2010, Sabtu, aku dan suami bersama-sama beberapa ahli keluargaku ke Kuala Lumpur. Kami telah merancang 1 bulan awal atas usaha ayah untuk bertamu abang-abangku di sana (Abang Wan/Mohamed Faiz dan Abang No/Mohd Noor) dan keluarga mereka. Kak Zana (isteri Abang No) dah masuk 5 bulan mengandung anak sulong, Abang Wan pula dah lama tak balik kampung. Adik (Abd Rahim) dari Kelantan memang mak tak harap datang sebab dia agak kesempitan walaupun dia berusaha nak joint da club.

Perancangan asal mahu menaiki 2 buah kereta dari BP (Batu Pahat) namun akhirnya kami sepakat menyewa sebuah van sahaja bagi menjimatkan kos perjalanan. Asalnya nak berada di sana 2 hari, jadi 1 hari, dan berubah fikiran, kata nak balik awal pagi 14 Mac 2010 berubah kepada Sabtu malam Ahad selepas 'Isya'. Tetapi apa yang terjadi kami balik lepas Maghrib selepas solat Maghrib berjamaah... Tahlil yang dirancangkanpun dibatalkan begitu sahaja.

Susah payah kami mencari kenderaan yang sesuai yang memenuhi kehendak kami: selamat, selesa dan murah. Hampir-hampir suamiku menyewa MPV milik kawannya, tetapi ayah lebih pantas menemui sebuah van milik seorang kenalannya. Memang sendat jugak la van tu dipenuhi kami 9 orang (6 dewasa dan 3 kanak2) selain makanan-makanan kampung, 'confeter' dan lain-lain yang nak dikirim kepada orang Kuala Lumpur.

Dalam perjalanan, hatiku berkecamuk dan berasa agak tidak tenteram...
Di pertengahan jalan, tiba-tiba ada bau hangit dari depan (aku duduk di sit belakang sekali). Beberapa detik selepas itu, keluar asap dari penghawa dingin.
Setelah memeriksanya, didapati fius aircond telah terbakar. Kami terpaksa meneruskan perjalanan dalam keadaan 'panas-panas sejuk' (panas sebab cuaca panas walaupun malam, sejuk sebab angin yang menderu masuk dari tingkap van).

Aku dan suami saling berpandangan sambil berbalas senyum pahit dan terus berselawat. Kami memohon agar Allah permudahkan urusan kami kerana tujuan kami adalah murni dan suci. Ayah mahu kami adik-beradik bersatu tak kira apa yang berlaku, silaturrahim mesti dipertahankan. Berita gembira dan cerita sedih seharusnya dikongsi bersama dan saling tolong-menolong serta nasihat-menasihati antara kami.

Suamiku mula gatal mata dan bersin-bersin. Dia kekal begitu sepanjang perjalanan malah sehingga balik ke JB walaupun dah ambil ubat. Kasihan dia... Semoga Allah memberi ganjaran kepadanya kerana pengorbanannya memberi sokongan kepada keluarga sebelah isterinya ini.

Beberapa jam sebelum bertolak, Abang No mengirim sms memberitahu bahawa Abang Wan terpaksa ke Lumut. Ketika itu, aku dan suami baru bergegas ke Batu Pahat mengejar masa menyertai ahli rombongan yang menanti kami di sana.

Aku berasa separuh sia-sia usaha ayah, Abang Mail (Ismail abang no 2), Abang Zin (Norisham abang sulong) dan suamiku serta mak. Mak awal-awal memasak rendang. Itulah pertama kali mak memasak rendang demi anaknya di Kuala Lumpur. Selain tu rencah asam pedas telah disiapkan supaya tak menyusahkan Kak Zana memasak nanti. Ayah pula dah siapkan ikan segar, ulam-ulam dan macam-macam lagi. Semuanya untuk jamuan kami anak-beranak di KL. Selain tu, susah jugak nak cari van / mpv yang murah sewanya tetapi selesa... Suamiku pula telah berhempas pulas menyiapkan kerja untuk 3 hari dalam masa 1 hari demi trip ini.... waaaaa kesian sume orang!!! Sedihnye!!!

Apakan daya, manusia hanya merancang, Allah yang menentukan.
Bagi mengisi masa, Abang No telah bawa kami ke Zoo Negara. Terubat juga rasa di jiwa. Tapi aku tahu ayah masih kecewa atau sedih. Dia tak mahu ikut kami, dia hanya tinggal seorang di rumah Abang No. Kami berpeluh-peluh la menaiki van tanpa aircond di KL yang panas dan jam sana-sini...

Dari kiri : mak (Sharipah Zaiadi), Ismail Amar, Norisham Amar, Mohamad Fairuz Abu Amin (suami), Fathiah Amar (aku), Mohamad Noor Amar, Ruhi Fadzlyzana Jailani (Kak Zana)

Pulang dari zoo, ayah kulihat hanya baring tidur. Kami yang kepenatan terus mencari pot tidur. Patang-petang, mak dan Kak Zana masak lauk yang dibawa dari kampung. Aku tidur mati. Bangun tinggal makan...huhu. Lepas tu aku kemas la sume.

Masa tu, baru ayah cakap nak balik cepat lepas Maghrib. Adui.. kelam kabut rasanya. Belum sempat apa-apa dah nak balik. Lepas solat Maghrib konon nak buat tahlil, tapi sebab aku ni konfius, jadi pergerakan aku lembab...hadoi...rasa bersalah. Ayah batalkan tahlil, cume cakap-cakap sket je. Itupun mak je yang bercakap, ayah tak berkata sepatahpun...

Aku cuba menyelami perasaan seorang ayah... amat sayu dan sedih rasanya....
Mungkin lain kali masih ada peluang... Aku harap ayah tak putus asa dan tabah.

Apakah Yang Kurasa

Merasai kehadiran 1 nyawa
dalam 1 kegelapan dunia
kian hari kian membesar
ada masanya bergerak dan menendang

Aku terfikir...
mungkinkah nanti
dia akan lahir dan membesar

Aku mengharap...
dia sihat dan berjaya

Kaulah nyawa ibu
ibu rela bekorban untukmu sayang

Tak pernah aku minta semula
tiap ringgit yang aku belanjakan
tiap titis susu ibu yang kau minum
tiap peluh ibu yang menitis
tiap darah ibu yang mengalir
tiap air mata ibu yang berderai
tiap masa ibu menemanimu

saat kau menumpang di perutku
saat kau lahir ke dunia
saat kau menangis saban malam
saat kau sakit dan merajuk
saat kau mula bersekolah
saat kau minta baju baru
saat kau mahu itu dan ini
saat kau berkahwin
saat kau susah

Ibu akan setia disisimu sayang
ibu rela asalkan kau bahagia

Merenung wajah ini....
aku rindu membelaimu

Rindu ini tak pernah jemu
rindu melihat wajahmu
rindu mendengar suaramu
rindu pada senyumanmu
pada tawamu
dan pada tangismu

Apakah nanti...
kau akan meninggalkanku...?

Apakah nanti...
kau melupaiku...?

Apakah nanti...
kau membenciku...?

Ibu ini...
hanya mahu kau berjaya
hanya ingin kau bahagia
hanya ingin kau gembira

Andai meninggalkanku itu nanti
kebahagiaan buatmu...
apalah daya ibu

Ya...
kebahagiaanmu nanti...
pastilah bersama isterimu yang tercinta
anak-anakmu yang manja
dan kemewahan dunia

Saat itu...
rindu padamu tak mungkin terbendung
hati ini pasti kian rentung
menantimu di muka pintu
ingin merasai pula belaian darimu anakku...

Tapi...
biarlah aku pendam lara itu nanti...
cukuplah hanya mendengar suaramu...
mungkin setahun sekali...

atau

cukuplah kiranya kiriman wangmu
sebulan RM100

Anakku sayang
kasih ibu tak perlu kau beli
ibu beri percuma

Cuma...
rindu ibu padamu
kau pandanglah wajah ibu
kau senyumlah pada ibu

Jika berat kau ingin membelaiku
biarlah aku sentuh wajahmu

Jika jijik rumah ibu
biarlah hanya di muka pintu

Tapi...
sering pula aku lupa pada ibuku
jarang juga aku menjenguknya
telefon pun selalu lupa

Kini.. apakah kau sihat ibu?
risaukah aku sebagaimana
risaunya aku kepada anakku?

Jika kini aku membelai anakku
dengan penuh kasih sayang...
bagaimana denganmu ibu...?
siapa pula yang menjagamu....

Bagaimanakah perasaannya
jika hilang anak dari pandangan
wujudnya ada
tapi tak pernah tahu khabar berita...

Ibu...maafkan aku
mari aku belaimu
sebagaimana engkau membelaiku dulu.

FIAZ (FathiahAmar)
10032010
HAKCIPTA TERPELIHARA
SILA KREDITKAN NAMA PENULIS JIKA INGIN MENGAMBIL MANA-MANA KERATAN SAJAK INI.



infaq

Bila difikir-fikirkan...telah berapa banyak harta dan usiaku yang diinfaqkan ke jalan Allah...?
bila dikenang-kenangkan...berapa banyak pula Allah kurniakan segala-galanya untukku...?

Bila ditimbang-timbangkan banyak mana yang Allah PERINTAHKAN aku lakukan untuk mengabdikan diriku kepada-Nya...yang TELAH aku buat...?
bila diingat-ingat...banyak mana TELAH Allah berikan nikmatnya SEBELUM dan TANPA aku pinta...?

renung-renungkan....

CINTA PERLUKAN BUKTI... PROVE IT!!!

Assalamualaikum.
Alhamdulillah... aku diberi kesempatan berkongsi rasa dalam usahaku berjuang menuju Allah.

Semalam, aku telah diperingatkan tentang cinta...

Lumrahnya, jika kita menyintai seseorang, cinta itu mahu dilahirkan. Seperti anak-anak muda, pelbagai tanda cinta diberi kepada sang kekasih. Cuma bagaimana kita gambarkan ia? Cukupkah cinta hanya di bibir sedangkan perbuatan langsung menyimpang malah curang? Adakah cukup sekadar "I LOVE U"?

Sebagai seorang Islam yang merindui rahmat Allah, apakah cinta yang patut kita utamakan dalam hidup kita?
Jika kita mahu kasih sayang Allah, apakah yang harus kita kejar semasa hayat ini?
Apakah layak kita dikasihi Allah?
Bagaimanakah kita melayakkan diri dipandang oleh Allah SWT?

Marilah kita lihat, bagaimana ciri-ciri seorang kekasih-NYA, iaitu Nabi junjungan Muhammad SAW.

Inilah cinta yang harus kita kejar, kerana cinta inilah cinta yang maha agung. Cinta yang tak akan dikhianati. Cinta yang paling mewah dengan kasih sayang.

Sedarkah kita betapa Nabi mengasihi kita melebihi dirinya sendiri? Tahukah kita betapa penderitaan yang dilalui baginda demi menyelamatkan kita daripada neraka Allah? Baginda sanggup bersusah-payah demi umatnya ini. Apakah balasan kita padanya?

Marilah kita kejar cinta ini. Bagaimana??? Apakah cukup kita menyambut maulidurrasul setahun sekali?

Apa yang lebih penting, kita balas jasanya dengan mengikuti seruannya dan syariatnya,  mengamalkan sunnahnya serta menjauhi bida'ah. Marilah kita jejaki kesan-kesan kasih sayang baginda agar kita dapat menghayati bagaimana perit pengalaman baginda berdakwah.

Suburkan hati kita supaya layak hati ini menerima hidayah dari Allah SWT. Janganlah kita hanya berpeluk tubuh dan berkata 'inilah takdirku'. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubahnya.

Hati ini seperti tubuh, ia perlukan 3 perkara untuk menjadi subur.

  • Pemeliharaan supaya ia selamat
  • Makanan supaya ia hidup
  • Ubatan supaya ia sihat
Apakah bentuk pemeliharaan yang wajar bagi hati ini?
Apakah makanan yang patut diberi kepada hati?
Ubat apakah yang perlu dibekalkan buat sang hati?

Percayalah bahawa hati yang terang adalah hati yang dipenuhi iman. Ia terang bak cahaya yang bahagia lalu menerangi orang di sekelilingnya. Namun, hati yang mati hanyalah hidup di dalam kegelapan yang meresahkan. Kematian ini akan menjadikan ia keras, kasar dan kian jumud. Hati yang umpama mayat ini tidak layak menerima hidayah dari Allah SWT.

Wahai aku...tidak lain tujuan aku diciptakan hanyalah demi menyembah-NYA. Bagaimana jika aku tidak menerima hidayah Allah, apakah boleh aku sendirian menjadi hamba yang patuh? Bagaimana aku bisa lulus sedangkan tiada ilmu yang aku pelajari?

Wahai aku..., bersihkan lah hati ini, kerana ruang untuk kasih sayang sejati adalah di tempat yang suci bercahaya, bukan gelap lagi menderita.

BELAJAR - MENGAJAR MENGAJI.....

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Alhamdulillah, masuk minggu ni dah 3 kali aku dan suami belajar mengaji... Hai kalau salah dengar, orang kata "Ai.. dah tua-tua pun belaja mengaji?" Biasanya itulah fenomena masyarakat kita. Bila dah tua, buat ape belajar mengaji lagi...??? Kan dulu masa kanak-kanak dah khatam. Aku terkilan dengan pandangan begini. Malah yang lagi sedih, ramai juga yang kononnya dah khatam Al-Quran terus tutup Al-Quran, tak buka-buka lagi dah untuk bacaan harian di rumah sendiri.... Nak 'mengkaji'nya apatah lagi...huhuhu.

Walau bagaimanapun, pendedahan-pendedahan dan usaha pelbagai golongan yang sedar telah sedikit sebanyak membuka mata banyak masyarakat. InsyaAllah, mudah-mudahan Allah beri kelapangan kepada mereka yang berdakwah ni. Tulisan santai ini pun diharap dapat memberi kesan yang baik kepada sesiapa yang membacanya, insyaAllah.

Asalnya memang aku nak sambung je ke kelas lanjutan, guna buku Qiraati Dewasa 2. Tapi setelah diterangkan, aku dapati isi pengajaran kali ni lain sikit, lebih detail. Ia takde dalam kelas asas yang aku masuk dulu. Jadi aku ambil keputusan masuk balik kelas asas ni. Alhamdulillah, berbaloi rasanya. Ustaz Sali yang mengajar kami tu pun belajar lagi memantapkan ilmunya, apatah lagi aku ni yang banyak tak betul lagi... Janganlah berkira nak belajar ilmu Allah ni. Kalau beli komik Detektif Conan sanggup, pergi mancing 2-3 kali boleh, takkanla g kelas mengaji lokek..ek? Semua harta kita ni pun Allah yang bagi. Kalaula Dia tarik balik sebab kita lokek dgn Allah...ha tak dapat aku bayangkan.

Dalam kelas mengaji bacth yang ni, aku sekelas dgn 3 perempuan lain dan ada 4 atau 5 orang lelaki tak termasuk suamiku. 3 perempuan tu sekeluarga, ibu dan 2 lagi anaknya. Mungkin dalam lingkungan umur 20-an, seorang telah berkahwin, dan seorang masih bujang. Suami perempuan tu pun belajar di situ juga, tapi kelas yang dibuat pada hari Ahad. Yang pelajar lelaki  pula aku tak berapa pasti. Pertama sebab aku tak rapat dengan mereka, kedua kerana mereka belum pernah hadir semua sekali serentak. Maksudnya minggu ni A datang, B dan C tak datang. Minggu depan pula C dan A je datang, yang lain tak.

Aku rasa lelaki banyak tugas lain di luar, mungkin outstation, kerja lebih masa, shift, masalah keluarga dsb. Jadi, bagi aku, elok kita didik anak-anak kita terutamanya lelaki sebelum mereka menjadi suami dan ayah. Kerana

  • mereka akan sibuk nanti dengan pelbagai tanggungjawab kepada isteri, anak-anak, ibu bapa, keluarga sebelah isteri dan kerja serta lain lain masalah. Pada masa tu, susah dia nak pergi ke kelas-kelas agama jika tidak dengan kesedaran yang mendalam. Lagi liat kalau kelas tu berbayar. Sementara masih remaja / bujang dan berkelapangan, eloklah dihantarkan belajar ilmu-ilmu agama.
  • mereka nanti akan menjadi pemimpin sekurang-kurangnya kepada keluarganya. Dia bertanggungjawab memastikan keluarganya sentiasa berada di  jalan yang lurus, jalan yang diredhai oleh Allah di mana ia akan dipersoalkan di akhirat kelak. Jika dia mengabaikannya, maka dia akan ditarik oleh isteri dan anak-anaknya ke neraka Allah, na'uzubillah!
Syukur kerana suamiku kini sedar tentang ilmu begini, malah bagiku, dia lebih kuat berbanding aku. Alhamdulillah, aku bersykur pada-Mu ya Allah. Apa yang Kau kurniakan padaku adalah harta yang tak ternilai bagiku. Jika kau tarik semua milik-Mu ini, tentulah aku tak punya apa-apa. Engkau beriku apa yang tak Kau beri pada orang lain dan semuanya adalah yang terbaik bagiku walaupun hanyalah kereta buruk atau kucing berkutu... ;) Mungkin jika aku menerima kereta yang baru dan mahal, aku menjadi lupa pada-Mu, na'uzubillah!!!

Kelas mengaji yang aku ajar pula alhamdulillah, dah ada sorang. Walaupun sorang, tapi aku puas mengajarnya. Budaknya baik, agak pemalu tapi berterus terang bila ditanya. Anak murid lama pun kemungkinan akan mengaji semula denganku kerana ibunya terpaksa kerja sampai malam. Sekarang mereka mengaji malam berdekatan dengan rumahnya. Memang jauh la dari tempat kerja ibunya. Jiran sebelah pun nak hantar anaknya mengaji katanya, tapi aku tak pasti bila dia nak mula...

Memang jarang kami berbual kerana hari-hari dia kerja dan aku pula jenis yang tak suka buat 'mesyuarat tingkap'.. hehehe. Memang jarang aku keluar rumah tak bersebab. Kalau tak kerana sidai kain, sapu daun-daun kering, jirus pokok, bagi makan kucing atau memang nak keluar ke kelas, balik kampung dsb, duduk dalam je la aku ni. Tapi aku mestila cari peluang juga beramah mesra dgn jiran-jiran. Tak elok pentingkan diri sendiri. Mana tau kot-kot mereka tengah susah..ek?

Jadi, sesiapa nak hantar anak mengaji ke tempat aku ni insyaAllah boleh sesangat le. Janji dia duduk dekat area Taman Daya, Johor Bahru, Malaysia. Sekarang aku dah tak terima kalau yang nak belajar malam. Siang je la yang boleh... Waktu malam untuk keluarga.

Yang penting hari pertama mengaji, aku nak sekurang-kurangnya ibu mesti ikut bersama untuk pendaftaran dan sedikit penerangan. Aku tak mahu ibu bapa pandang ringan ilmu mengaji Al-Quran ni walhal Al-Quran ni adalah perlembagaan hidup kita. Al-Quranlah sumber segala ilmu di dunia ni... Tak patut la kalau terpaksa ponteng ngaji kerana nak tuisyen. Mengaji tak penting ke? No.. no... no..... Mengaji Al-Quran lebih penting daripada lain-lain.

Kalau dah pandai mengaji sendiri takpe la..bagus g tuisyen tu, kuatkan ilmu-ilmu dunia supaya dapat mentadbir dunia mengikut acuan Allah seperti yang diterangkan dalam Al-Quran. Ini sebahagian jihad kita. Jangan biar orang kafir mentadbir dunia ikut kehendak mereka. Kalau tak, berlaku la penganiayaan, bencana alam, penipuan dsb. Sebab mereka tak fikir/ percaya hukuman di akhirat. Setiap perbuatan di dunia akan disoal di akhirat kelak. Mereka fikir nak kaut untung je, bukan sebab nak beribadah kepada Allah.

Bila aku mengajar mengaji ni aku sambil ajar akademik sekali seperti Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan English. Aku kaitkan dengan Allah serta selitkan hafalan dan sirah. Aku banyak guna Majalah Ana Muslim dan Sayang Muslim selain buku-buku rujukan KBSR. Dengan anak murid aku yang dulu, Danial dan Daleya pun aku buat macam tu juga. Aku dapat menguatkan lagi pelajaran yang aku dapat dari kelas Qiraati Dewasa dan Kuliah Tafsir.

Semoga Allah bantu aku mencari lagi ilmu-ilmu-Nya dan memberi peluang aku menyebarkannya pula, insyaAllah. Tak dapat mengajar di sekolah, mengajar di rumah pun banyak baiknya. Alhamdulillah.. semua yang Allah bagi aku ni sumenye baik belaka...!!

MALAIKAT SUKA MENYERUPAI SAHABAT NABI

Bismillahirrahmanirrahiim

Kuliah Tafsir kali ini disyarahkan oleh Dr Wan Nasyrin bin Wan Abdullah dari UKM. Syarahan ini adalah sambungan dari kuliah beliau pada 29.10.2009. Walaupun beliau adalah pakar dalam ilmu Hadis, namun beliau mampu menyampaikan kuliah mengenai Al-Quran sebagai Kalamullah.

Ia tidak hairan kerana Al-Hadis adalah sangat berkait rapat dengan Al-Quran. Hadis sendiri merupakan penerangan-penerangan kepada isi Al-Quran. Allah menurunkan Al-Quran untuk panduan yang wajib dipegang oleh semua manusia. Ia adalah perlembagaan hidup yang sangat lengkap bagi manusia kerana ia datang daripada Allah yang Maha sempurna.

Nabi Junjungan SAW pula ditugaskan menyampaikan kandungannya kepada kita, bukan sahaja bangsa Arab, malah ke seluruh pelusuk dunia selagi ada manusia dan jin. Segala perbuatan, percakapan dan diamnya Rasulullah itu dinamakan As-Sunnah atau Al-Hadis. Segala yang dilakukan Nabi, tidak lain adalah demi menyeru manusia mengesakan Allah seperti yang terkandung di dalam Al-Quran.

Dalam satu peristiwa di mana ketika Nabi SAW menerima wahyu, malaikat Jibrail yang menyampaikan wahyu itu telah menyerupai seorang sahabat baginda bernama Dihyah al-Kalbi. Ada ketika yang lain malaikat telah menyerupai sahabat Nabi tersebut. Ini keranaDihyah al-Kalbi adalah sahabat Nabi yang sangat tampan, hidupnya jauh dari orang ramai, percakapannya teratur, langkahnya tersusun, bersih dan kemas serta segak orangnya.

Wahyu yang diterima oleh Nabi pada peristiwa ini adalah wahyu yang paling panjang pernah diterima baginda. Isi kandungan hadis itu menyentuh tentang tanda-tanda akhir zaman. Antaranya ialah 

'apabila hamba melahirkan tuan'
 Ayat ini memberi 2 maksud
  • Di mana pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan Islam, seorang raja yang telah dijual oleh seorang ulama' di sebuah pasar kerana baginda adalah anak hamba dan masih belum merdeka / merdaheka. Setelah raja itu dibeli oleh perdana menterinya, baginda telah mengarahkan ulama' tersebut dipenjarakan kerana dikatakan telah menjatuhkan maruah baginda. Walau bagaimanapun, Allah telah menyelamatkan ulama' tersebut dengan mengambil nyawanya sebelum sempat dipenjarakan. Maka, layaklah raja tersebut meneruskan pemerintahannya kerana telah merdeka, bukan lagi hamba.
  • Apabila seorang ibu melahirkan anak dan setelah anak itu dewasa, dia memperlakukan ibunya seperti orang gaji. Ini kita dapat lihat di merata-rata tempat di Malaysia sekarang. Ramai ibu disuruh menguruskan cucu. Sehinggakan ibu yang telah tua tidak ada masa untuk diri sendiri kerana 'menolong' anak-anak menjaga cucu, mengemas rumah dan sebagainya.
Aku teringin mencari lagi kisah tentang 'hamba menjadi raja' itu dan peristiwa 'penyamaran malaikat' tadi. Ia sangat menarik bagiku kerana ini merupakan kali pertama aku mendengar kisah seumpamanya.

Aku ingin mengingatkan diriku dan sahabat sekalian, jika kita mempunyai anak, janganlah menyuruh ibu bapa kita menjadi tukang urus anak-anak kita. Sekolahnya, makannya, minumnya, pakaiannya. Cukup sekadar anak-anak kita itu menjadi peneman dan penghibur mereka sahaja, jangan sampai menjadi beban. Jika terpaksa meletakkan anak-anak di bawah jagaan orang tua kita, pastikan segala kelengkapannya cukup, duit belanjanya cukup, makanannya cukup, pakaiannya cukup. Jangan pula ibu kita yang bersusah payah membasuh pakaian anak-anak kita, membayar yuran persekolahannya, membelikan makan pakainya dan keperluan lain. Mungkin boleh kita kirimkan seorang pembantu bagi membantu ibu bapa kita di sana.

Dan jika kita pula seorang ibu atau ayah, ingatkanlah anak-anak kita jangan sampai mereka memperlakukan kita seperti hamba. Ibu bapa adalah tuan kepada anak-anak.

CIKGU PEREMPUAN-CIKGU LELAKI

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Mulai minggu depan, aku akan mula mengajar mengaji semula, insyaAllah.

Teringat anak murid lama, Danial dan adiknya Dalia... Terkadang terasa rindu dengan keletah mereka. Danial yang sopan santun, sangat mudah mengajarnya mengaji. Walaupun selalu tak datang, tapi dia ingat apa yang dipelajarinya, alhamdulillah. Dalia pula seorang yang manja, rajin bercerita dan cantik pula. Si abang darjah 2 dan si adik berumur 5 tahun kalau tak silap aku.

Mereka panggil aku cikgu perempuan dan suamiku cikgu lelaki. Tak pastilah kenapa... Memang pada peringkat permulaan mereka tak ingat nama kami. Aku ajar mereka mengaji. Kalau sempat aku ajar juga Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris, Sains atau sekadar melukis, main teka-teki dan bercerita. Suamiku pula pernah ajar mereka solat. Alhamdulillah, mereka ni jenis yang pandai.

Sayang betul tak dapat terus ajar mereka. Dulu, aku duduk di Taman Bukit Mutiara, dekat la dengan kilang Southern LION, tempat ibunya bekerja. Suamiku juga bekerja di kilang tu. Di kantin tu la Kak Yana, mak si Danial dan si Dalia (aku selalu panggil dia Ya) ambil tander memasak. Sekarang dah pindah Taman Daya, agak jauh sikit la dari sana. Agaknya susah Kak Yana nak hantar anak-anaknya. Sekarang, mereka belajar mengaji dengan cikgu baru. Aku harap dan berdoa mereka sentiasa berpeluang terus belajar mengaji dan mengamalkan membaca AL-Quran walaupun dah habis belajar mengaji nanti...amiin.

Mulai minggu depan, 8.2.2010, insyaAllah aku dapat anak murid baru... Eee, seronoknye! Rindu nak mengajar. Seronok, seronok jugak...tapi takut jugak kalau yang diajar tu salah. Nanti jadi ajaran sesat pulak, na'uzubillah! Ilmu Al-Quran ni tak sama dengan Bahasa Melayu, Matematik atau sains. Ayat-ayat yang diajar tu nanti nak diguna dalam solat sehari-hari, nak dipraktikkan semasa membaca Al-Quran. Kalau aku ajar yang salah... bahayooo!

Sebab tu la aku tetap terus belajar lagi... Banyak lagi yang aku tak tahu. Terima kasih kepada mak aku yang tak putus-putus menyokong ku. Tak kira saat aku sakit berpanjangan, saat aku susah, saat aku sedih, saat aku keseorangan...alhamdulillah. Bersyukur aku punyai ibu sepertinya. Ya Allah, berkatilah ibuku. Semoga dia tergolong di kalangan insan2 yang Kau kasihi..amiin. Dan kini, suamiku juga memberi keizinan, kemudahan dan galakan dalam usahaku berjuang dalam bidang ini. Ya Allah, berkatilah suamiku...ringankan bebannya, permudahkan urusannya dan tenangkanlah hatinya...amiin.


 
Ibu tersayang


Suami tercinta


Akhir kata, aku tidak layak menjadi pengajar jika aku tidak mahu menjadi pelajar...

KELAS QIRA'ATI AKAN BERMULA

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sebelum berkahwin dulu, aku dah habis kelas Qiraati dewasa peringkat asas. Kini aku ingin sambung ke peringkat seterusnya. Aku tak tahulah apa nama kelas tu, tapi aku namakan sendiri sebagai 'Kelas Qiraati Dewasa Lanjutan' atau kelas lanjutan je.

Kelas asas dulu guna buku Qira'ati dewasa. Masa tu belajar memang macam kanak-kanak la... bermula dari asas, tapi cara orang dewasa la... Dalam kelas tu baru la aku tau banyak yang salah rupenye dalam bacaan Al-Quran kita sehari-hari ni... huiiii patut la tak lekat, apatah lagi nak jadikan Al-Quran sebagai pakaian kita. Ha... jangan sangka dah khatam Al-Quran zaman kanak-kanak dulu dah terela konon. Jauh panggang dari api rupenye. Dalam kelas aku tu, ada yang memang guru Al-Quran, pun banyak salah jugak. Pendek kata la, kita ni jangan sangka dah pandai. Kene rajin cari ilmu. Dah habis master ke, doktor falsafah ke...ilmu Allah takkan habis.

Kalau sebutan bacaan Al-Quran tu tak betul macam mana la kita nak aja anak kita? Itu baru sebutan, belum lagi isi kandungannye... Hai, terasa jauh lagi nak kejar nih... Orang kafir tu lebih pakar dari aku bab Al-Quran. Aku, baca pun tak betul lagi. Ramai orang barat (non-muslim) mengkaji Al-Quran kerana nak hancurkan Islam. Malah ada di antara mereka menjadi pensyarah dalam bidang Al-Quran mengajar anak-anak orang Islam. Kalau dia nak kelentong, kita ni hidup-hidup kena tipu. Tapi Allah dah jamin, Dia pelihara Al-Quran ni sampai hari Qiamat. Ramai jugak pengkaji barat yang akhirnya masuk Islam kerana menemui kebenaran demi kebenaran.

Yusuf Islam kata, lebih kurang maksudnya; "nasib baik saya jumpa Islam dulu sebelum jumpa muslim. Jika saya jumpa muslim, tak mungkin saya peluk Islam." Ini maknanya walaupun kita dah beragama Islam, tak semestinya kita ni benar-benar sebagaimana Islam itu sendiri.

Seorang lagi pendakwah Kristian dari Australia, namanya aku tak ingat. Ceritanya aku dapat dari Prof Mat Rofa bin Ismail dari UPM dalam kuliah tafsir pada 19.11.2009 Prof Mat Rofa merupakan seorang pakar matematik, fasafah dan sains. Sebenarnya beliau bukanlah seorang ustaz tetapi mendalami ilmu Al-Quran kerana kesedarannya tentang isi Al-Quran yang merupakan sumber utama ilmu-ilmu sains, matematik, falsafah dan sebagainya. Aku sangat mengkagumi beliau kerana ilmunya dan pengalamannya. Itu pun beliau masih mengatakan bahawa beliau masih terlalu ketinggalan berbanding para saintis barat yang juga lebih arif tentang Al-Quran sedangkan mereka kafir. Apatah lagi aku ni...aduhai...

Kisah pendakwah Kristian tadi... Dia mengkaji AL-Quran demi bencinya kepada Islam. Niatnya adalah untuk menjatuhkan Islam yang semakin berkembang terutamanya di barat. Dia akhirnya menjadi sangat pakar dalam bahasa arab dan selok-belok tentang Al-Quran. Kini dia telah menjadi salah seorang pendakwah Islam yang aktif, malah sebahagian kitab tafsir yang kita guna sekarang adalah karangan beliau. Subhanallah! Seperti juga Yusuf Islam, dia mengatakan bahawa dia memeluk Islam kerana keindahan Islam itu sendiri. Dia tidak mungkin memeluk Islam jika dia melihat muslim.

Bagaikan kena tampar rasanya! Maknanya sebahagian umat Islam kini jauh sangat terpesong daripada Al-Quran yang sepatutnya menjadi pegangan kita. Aduh..mudah-mudahan la aku tak tergolong di kalangan yang terpesong tu. Aku berdoa semoga suamiku, ibu bapaku, mertuaku, adik-beradikku, keluargaku, sahabat-sahabatku dan kalian semua bukanlah golongan yang terpesong itu...amiin.

Wahai suamiku, demi cinta kepadamu, aku mohon perhatianmu agar tidak mengabaikan Al-Quran. Aku sangat menyokongmu dalam jalan menuju Allah. Aku akan membantumu berjuang dalam agama Islam dengan kemampuanku. Wahai suamiku, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka. Jika kau sayangi aku, tegurlah andai ada perbuatanku bakal mencampakkan aku ke dalam api neraka Allah. Aku jua akan menasihatimu dalam membina keluarga Islam yang diredhai Allah...

Wahai sahabat, wahai aku... jika kita sayangi seseorang sayangi dia sampai akhirat. Barulah itu namanya cinta sejati.

GUNUNG SEBAGAI PASAK BUMI

Bismillahirrahmaanirrahiim..
Berkaitan dengan paparan lepas, aku ingin mendalami sedikit tentang gunung sebagai pasak bumi.

Pembacaanku pada zaman remaja dulu memberitahu aku bahawa gunung-ganang itu adalah pasak bumi yang menentukan arah tiupan angin. Ia amat penting kerana arah tiupan angin ini mempengaruhi kitaran musim dan cuaca. Angin membawa awan dan hujan. Sekiranya gunung-ganang telah ditarah menjadi rata, angin akan bertiup terus tanpa ada yang menjadi penunjuk arahnya. Ia akan lalu di semua tempat yang rata tanpa halangan. Apabila awan semakin berat dengan air, hujan turun di mana sahaja tempat yang dilaluinya pada saat itu.

Sememangnya ada fator-faktor lain yang mempengaruhi cuaca di bumi Allah ini. Namun Allah telah menjelaskannya di dalam Al-Quran yang bermaksud:
".....bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan? Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?" SURAH AN-NABA': 5-6



  Gunung-gunung memiliki akar yang dalam di bawah permukaan tanah. (Earth, Press dan Siever, hal. 413) 

 
Bagan potongan melintang. Gunung-gunung, sebagaimana pasak, memiliki akar yang menghunjam di bawah tanah. (Anatomy of the Earth, Cailleux, hal. 220) 


Perkara ini ada juga dijelaskan secara ringkas di dalam link ini.



Lihat dalam gambar ini, gunung es setinggi 700 meter. Di bawahnya ada akar yang menghunjam ke bawah permukaan air hingga kedalaman 3 km. Akar gletser ini telah menyebabkan tenggelamnya banyak kapal, karena para pelaut tidak berpikir bahwa setiap gunung gletser mempunyai akar yang menghunjam jauh ke dalam. Berat akar ini lebih dari 300 juta ton. Kenyataan ilmiah seperti ini tak seorangpun mengetahuinya ketika Alquran diturunkan, namun Kitab Suci ini telah mengisyaratkannya dengan ungkapan yang sangat rinci وَالْجِبَالَ أَوْتَادًا “dan gunung-gunung sebagai pasak” (Al-Naba’ 7). Seperti halnya semua gunung di dunia ini memiliki akar yang menghunjam ke perut bumi yang jaraknya mencapai puluhan kilometer. Perhatikan, gunung ini sangat mirip dengan pancang yang ditanam ke dalam bumi. (http://www.kaheel7.com/id/index.php/ilmu-bumi/47-pasak-gunung-es-gletser)


Dari laman sesawang Harun Yahya (http://www.keajaibanalquran.com/earth_mountains.html), beliau menulis;
Fungsi pemancangan dari gunung dijelaskan dalam tulisan ilmiah dengan istilah "isostasi". Isostasi bermakna sebagai berikut:

Isostasi: kesetimbangan dalam kerak bumi yang terjaga oleh aliran materi bebatuan di bawah permukaan akibat tekanan gravitasi. (Webster's New Twentieth Century Dictionary, 2. edition "Isostasy", New York, s. 975)

Peran penting gunung yang ditemukan oleh ilmu geologi modern dan penelitian gempa, telah dinyatakan dalam Al Qur’an berabad-abad lampau sebagai suatu bukti Hikmah Maha Agung dalam ciptaan Allah.
"Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapkannya, supaya bumi itu tidak menggegarkan mereka;....." SURAH AL-ANBIAYAA': 31
Gunung juga sebenarnya bergerak (bukanlah tetap kedudukannya selama-lamanya). Dalam tajuk yang lain, beliau menulis pula berkenaan pergerakan gunung.
Gerakan gunung-gunung ini disebabkan oleh gerakan kerak bumi tempat mereka berada. Kerak bumi ini seperti mengapung di atas lapisan magma yang lebih rapat. Pada awal abad ke-20, untuk pertama kalinya dalam sejarah, seorang ilmuwan Jerman bernama Alfred Wegener mengemukakan bahwa benua-benua pada permukaan bumi menyatu pada masa-masa awal bumi, namun kemudian bergeser ke arah yang berbeda-beda sehingga terpisah ketika mereka bergerak saling menjauhi.
Para ahli geologi memahami kebenaran pernyataan Wegener baru pada tahun 1980, yakni 50 tahun setelah kematiannya. Sebagaimana pernah dikemukakan oleh Wegener dalam sebuah tulisan yang terbit tahun 1915, sekitar 500 juta tahun lalu seluruh tanah daratan yang ada di permukaan bumi awalnya adalah satu kesatuan yang dinamakan Pangaea. Daratan ini terletak di kutub selatan.
Sekitar 180 juta tahun lalu, Pangaea terbelah menjadi dua bagian yang masing-masingnya bergerak ke arah yang berbeda. Salah satu daratan atau benua raksasa ini adalah Gondwana, yang meliputi Afrika, Australia, Antartika dan India. Benua raksasa kedua adalah Laurasia, yang terdiri dari Eropa, Amerika Utara dan Asia, kecuali India. Selama 150 tahun setelah pemisahan ini, Gondwana dan Laurasia terbagi menjadi daratan-daratan yang lebih kecil.
Benua-benua yang terbentuk menyusul terbelahnya Pangaea telah bergerak pada permukaan Bumi secara terus-menerus sejauh beberapa sentimeter per tahun. Peristiwa ini juga menyebabkan perubahan perbandingan luas antara wilayah daratan dan lautan di Bumi.
Pergerakan kerak Bumi ini diketemukan setelah penelitian geologi yang dilakukan di awal abad ke-20. Para ilmuwan menjelaskan peristiwa ini sebagaimana berikut:
Kerak dan bagian terluar dari magma, dengan ketebalan sekitar 100 km, terbagi atas lapisan-lapisan yang disebut lempengan. Terdapat enam lempengan utama, dan beberapa lempengan kecil. Menurut teori yang disebut lempeng tektonik, lempengan-lempengan ini bergerak pada permukaan bumi, membawa benua dan dasar lautan bersamanya. Pergerakan benua telah diukur dan berkecepatan 1 hingga 5 cm per tahun. Lempengan-lempengan tersebut terus-menerus bergerak, dan menghasilkan perubahan pada geografi bumi secara perlahan. Setiap tahun, misalnya, Samudera Atlantic menjadi sedikit lebih lebar. (Carolyn Sheets, Robert Gardner, Samuel F. Howe; General Science, Allyn and Bacon Inc. Newton, Massachusetts, 1985, s. 30)
Ada hal sangat penting yang perlu dikemukakan di sini: dalam ayat tersebut Allah telah menyebut tentang gerakan gunung sebagaimana mengapungnya perjalanan awan. (Kini, Ilmuwan modern juga menggunakan istilah "continental drift" atau "gerakan mengapung dari benua" untuk gerakan ini. (National Geographic Society, Powers of Nature, Washington D.C., 1978, s.12-13)
Tidak dipertanyakan lagi, adalah salah satu kejaiban Al Qur’an bahwa fakta ilmiah ini, yang baru-baru saja ditemukan oleh para ilmuwan, telah dinyatakan dalam Al Qur’an.
"Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allahyang telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia Amat Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan." SURAH AN-NAML: 88
Selain mempengaruhi pergerakan angin, Allah menjadikan gunung bagi mengelakkan berlakunya gempa bumi. Ibarat paku yang menyatukan kayu. Dalam Surah Luqman ayat 10, Allah berfirman, 
Dia menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya dan dia meletakkan gunung-gunung (di permukaan) bumi supaya bumi itu tidak menggoyangkan kamu; dan memperkembangbiakkan padanya segala macam jenis binatang“.
Sekiranya manusia semakin rakus menggondolkan gunung-ganang, maka benda yang menyokong bumi ini semakin lama semakin lenyap sedikit demi sedikit. Tidak hairanlah mengapa semakin banyak berlaku gempa bumi, kitaran hujan yang tak menentu, cuaca yang semakin bercelaru dan sebagainya. tangan siapa yang melakukannya? Tetapi, kita harus sedar bahawa Allah telah menetapkan segala-galanya sejak azali lagi. Bila Dia mahu menciptakan langit dan bumi, bila pula Dia mahu menghapuskannya. Semuanya di bawah kekuasaanNya. Dia menciptakan segala-galanya dengan sangat indah. Daripada sehalus-halus zarah hingga sebesar-besar galaksi. Bumi ibarat satu titik halus di angkasa.....

Bayangkanlah jika gunung yang kukuh umpama paku pada kayu itu boleh hancur menjadi debu pada hari Qiamat... apa lagi yang tinggal?
"Apabila terjadinya hari Kiamat, tidak seorangpun yang dapat mendustakannya. (Kejadian itu) merendahkan (satu golongan ) dan meninggikan (golongan yang lain). Apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya. DAn gunung-ganang dihancurluluhkan seluluh-luluhnya. Maka jadilah ia debu yang berterbangan." AL-WAQI'AH: 1-6
Sebab itu, Nabi akan berlari ke masjid dan solat memohon perlindungan daripada Allah apabila berlaku gerhana kerana takut berlakunya hari kiamat. 
Di dalam Sahih Muslim diriwayatkan, ketika berlaku gerhana matahari pada zaman Rasulullah SAW, terkejut dan bingkas bangun ingin mengambil selendangnya untuk dipakai tetapi terambil baju besinya kerana fikiran dan hatinya yang sibuk dan cemas memikirkan kejadian gerhana yang sedang berlaku.

Baginda SAW menjadi begitu cemas kerana takut sekiranya Allah menurunkan bala atau mengisyaratkan akan berlakunya kiamat berikutan gerhana tersebut.

Kebimbangan Nabi SAW ini menyebabkan Baginda memanjangkan doanya dan mencucurkan air mata, lebih-lebih lagi memikirkan nasib umatnya (http://epondok.wordpress.com/2010/01/14/gerhana-matahari-satu-peringatan/)
Uban Nabi juga tumbuh disebabkan turunnya beberapa surah, antaranya Surah Al-Waqi'ah (surah yang menceritakan tentang hari kiamat). Diriwayatkan oleh Imam Muhammad b Isa Al-Tirmidhi;
Abu Bakar telah berkata kepada Rasulullah SAW: "Ya Rasulullah! Rambut anda kelihatan sudah beruban,"Rasulullah menjawab: "Rambutku beruban kerana kandungan surah Hud, Al-Waqi'ah, Al-Mursalat, 'Ammayatasa'alun dan Idha al-Shams Kuwwirat."
Oleh yang demikian wahai aku, sedarlah betapa jauh bezanya daya upaya kita berbanding DIA. Betapa kita tak punya apa-apa melainkan mengharap belas dariNya. Segala yang kita ada adalah milikNya.  DIA menyediakan segala-galanya dari sekelumit zarah sehingga seluas semesta adalah untuk kita mengabdikan diri kepadaNya. Memang DIA sahaja yang layak kita puja-puja siang dan malam.Engkaulah Yang Maha Bijaksana, Maha Mulia, Maha Berkuasa...wahai Tuhan Yang Satu.

MUD TRAGEDY

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Pada malam 27.01.2010 lalu, aku mendengar kisah tentang lumpur panas yang keluar dari perut bumi dalam segmen Kembara Muslim di radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM.fm).

Kembara Muslim adalah antara segmen kegemaran aku kerana ia memaparkan pengalaman dan kisah-kisah di luar negara seperti di Kemboja, India, Indonesia dan lain-lain. Ia bukanlah program melancong untuk berseronok, tetapi bermusafir demi misi bantuan dan dakwah sambil mengambil iktibar atas kejadian-kejadian Allah di muka bumiNya ini selain mengeratkan silaturrahim sesama manusia. Banyak kupasan-kupasan menarik yang diketengahkan dari segi sejarah keturunan manusia, asal-usul nama sesuatu tempat, adat dan budaya, keunikan makanan, barangan cenderahati dan banyak lagi.


 


Lake created by mud with steaming mud flow in background.


Mudflow, photo taken on July 21, 2006


School destroyed by mud flow.

Rakaman pada 2006



Oktober 2008: Lautan lumpur panas sejauh mata memandang


Jun 2009: Usaha membina tembok terus dijalankan



Kejadian lumpur panas ini terjadi 12 km sebelah selatan kota Sidoarjo, Jawa Timur dekat kawasan Sumatera. Lumpur tersebut telah menenggelamkan 12 kampung dan kawasan perindustrian. Akibatnya, ia telah menjejaskan ekonomi, pertanian, pendidikan, sumber pendapatan, sistem perhubungan lebuhraya dan  telefon masyarakat sekitar kawasan terlibat. Sekurang-kurangnya 10,426 unit rumah serta 77 unit rumah ibadat telah ditenggelamkan.

Unsur-unsur kimia yang terdapat di dalam lumpur tersebut didapati tidak merbahaya setelah ujian makmal dilakukan menurut Ketua Laboratorium Biolingkungan F-MIPA Universitas Airlangga di Jakarta, Rabu (20/9/2006) [http://www.detiknews.com/index.php/detik.read/tahun/2006/bulan/09/tgl/20/time/202905/idnews/679483/idkanal/10]. Walaubagaimanapun, masih ada pihak mempersoalkannya. Tahap keselamatan akuatik dikatakan terancam jika lumpur ini mengalir ke kawasan perairan berdekatan.

Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyekat lumpur tersebut dari terus keluar. Apabila ditutup 1 lubang, akan terbuka lubang yang lain. Menurut Prof Zulkifli dalam kuliah tafsir tentang surah Al-Waqiah tempoh hari, lubang-lubang itu telah dituang simen. Namun banyak lubang lain muncul di banyak tempat yang lain. Dia sendiri pergi menyaksikan kejadian Allah ini. Subhanallah! Kerajaan Indonesia terpaksa membina tembok setinggi 2 tingkat banggunan untuk mengelak lumpur panas ini melimpah ke kawasan sekitarnya. Namun ia tidak menjamin lumpur itu tidak melimpah keluar kerana Institut Teknologi 10 Nopember Surabaya (ITS) menyatakan musim hujan memungkinkan tembok-tembok tanah itu terhakis. Apabila kita berdiri di atas tembok itu, apa yang dapat kita lihat adalah lumpur sejauh mata memandang yang tidak berpenghujung! Menurut kajian pakar, letusan lumpur panas ini dijangka berterusan sehingga 30 tahun akan datang. Bayangkanlah... tak tau nak kata.

Inilah antara tanda-tanda akhir zaman, di mana bumi akan mengeluarkan asap. Suatu hari, aku ingin ke sana untuk menyaksikannya, insyaAllah. Semoga kisah ini menjadi iktibar kepada kita untuk mendekatkan diri kepada Allah....

KELAS MENGAJI

Bismillahirrahmanirrahiim...

Kuliah tafsir pada 23.01.2010 dapat aku hadir, alhamdulillah. Ini kelas kedua daripada pensyarah Prof. Zulkifli Mohd Yusoff. Pengajarannya tertumpu kepada Tafsir Maudu'i. Dah masuk pengenalan tafsir bentuk maudu'i (tafsir bertopik / bertema / bertajuk). Aku rasa kuliah ni akan makan masa bertahun-tahun lagi. Ibarat belajar hujung minggu la, belajar part time pengajian jarak jauh (PJJ).

Kelas seterusnya terpaksa juga dibuat pada hari Sabtu...huhu. Kelas ni, pelajarnya semua veteren (kecuali aku - nak tergelak aku bila prof tu tanya aku pelajar SPM ke...kah..kah..kah!), jadi banyak komitmen. Kebetulan pada tarikh dalam jadual asal ramai yang tak dapat hadir, keputusan akhir yang disepakati ialah pada 20.02.2010.

Pensyarahnya ialah Dr Wan Nashruddin Wan Abdullah. InsyaAllah, kelas ni akan jadi kelas ke-2 daripada Dr Wan. Asalnya, Dr Wan ni dijemput bagi menggantikan Ustaz Zahazan yang bertugas ke Mekah pada musim haji lepas. Nampaknya belum ada peluang menjadi murid Ustaz Zahazan. Walau bagaimanapun aku tetap rasa bertuah kerana dapat belajar dalam Kuliah Tafsir ni. Alhamdulillah.

Mulai bulan 2 ni, aku nak start buka kelas ngaji semula. Pelajar lama dah ada kelas lain, rumah pun dah kemas 90%, jadi apa tunggu lagi..? Dah ada yang nak anto anak. Aritu ada yang nak hantar tapi rumah masih tonggang-langgang. Rasanya mereka tu dah jumpa tempat ngaji yang lain. Bagus la. Cumanya kelas ni terpaksa dibuat pada waktu malam. Ye la, pelajar sekarang walaupun baru darjah 2 dah sibuk macam perdana menteri... mak ayahnya tentulah lagi sibuk ek..kalau pergi dihantar, balik dijemput sendiri, makan minumnya lagi..

Lagi satu aku sedang mempertimbangkan untuk berkhidmat di Tadika Ghufran caw. Desa Tebrau. Kebetulan di sana kekurangan guru. Tetapi aku nak survey dulu keperluan yang aku perlukan di sana nanti. Mungkin darisegi kenderaan dan masa. Semoga Allah membantu perjuangan ini, insyaAllah.

Tetapi yang paling penting suamiku yang tercinta perlu diuruskan dulu...

Ya Allah, permudahkanlah urusan hamba-Mu ini berjuang pada jalan-Mu. Aku mohon diberi hidayah dan rahmat dari-Mu. Tanpa bantuanMu dan ehsan-Mu siapalah aku yang menumpang di bumiMu ini jua menimati rezekiMu. Janganlah aku tergolong dari golongan orang-orang yang lalai dan rugi. Amiin.

PERMULAAN INI

Dengan memuji nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Setelah beberapa minggu 'meliki-liki' bidang blog ni, akhirnya aku memulakan langkah pertama hari ini...terhasilnya "Aku Seorang Hamba".

Mudah-mudahan ini menjadi perintis aku mencatat perjalananku sebagai hamba biasa yang mencari jalan pulang. Semoga dijauhi segala kemungkaran, maksiat dan kelalaian, malah saluran ini dapat  menjadi medan dakwahku untuk mendekatkan diri kita semua dengan DIA yang Maha Agung... Amiin.

KULIAH TAFSIR DAN TAHLIL

Malam ni aku mengadap komputer lagi...tentulah suami aku yang punye. Semoga dia mendapat pahala.

23hb ni ada kuliah tafsir di Batu Pahat bermula jam 9pg-12tgh. Dalam masa yang sama kat rumah ayahku insyaAllah diadakan tahlil ringkas.Tiada sesiapa yang balik di kalangan adik-beradikku dari KL mahupun Kelantan. Lagipun agenda ni dirancang agak terkejut jugala. Mungkin sempena kepulangan Wak Ju dan keluarga yang dah lama tak pulang. Maklumlah, kesihatan sudah tidak segagah dulu.

Wak Ju (Juriah) adalah kakak kandung ayah seibu sebapa yang sulung. Dialah satu-satunya adik-beradik perempuan seibu-sebapa. Usianya mungkin dalam 70-an, kurang atau lebih. Sedangkan ayahku yang merupakan adik ke-3nya dah mencecah 64tahun insyaAllah pada 2010 ni.

Adik-beradik seibu sebapaku yang lain ialah Wak Noh (Mohd Noh) dan Wak Aceh (Salleh). Selain adik-beradik seibu, ada 5 orang adik di bawah ayah berlainan ibu tapi sebapa. Namanya Munawarah (Mak Mon), Musharafah (Mak Pah), Mak Dah (alamak, aku tak ingat nama penuhnye..-nanti aku updatekan), Abd Kadir (Cik Kadir) dan Jalani (Cik Ani). Cik Kadir dan Cik Ani ni kembar seiras. Hubungan mereka semua boleh dikatakan rapat sampai sekarang walaupun dah bercucu. Bagusla alhamdulillah. Aku masih la kenal semua sepupuku. Cume anak-anak diorang je aku tak berapa ingat namanya. Hehe.. maaf la.

Berbalik kepada kuliah tafsir. Biasanya kelas ni diadakan pada hari Khamis, sebulan sekali. Jadualnye telah dirancang dan ditetapkan oleh jawatankuasanya. Namun disebabkan jadual pensyarah yang terlibat amatlah padat, maka terpaksalah kuliah kali ini ditukar kepada hari Sabtu. Pensyarahnye memangla terdiri daripada pakar-pakar dan alim ulamak handal lagi ternama. Antaranya Ustaz Hasan Din Al-Hafiz, Ustaz Zahazan dan lain-lain. Rugi tak datang. Sebenarnye kelas ni dibuat untuk guru-guru Al-Quran macam mak aku. Tapi takde syarat pun dikenakan. Orang biasa yang tak mengajar mengaji pun boleh join. Jadi, aku pun ikut la.

Setelah membuat pertimbangan, aku akan balik ke Batu Pahat esok insyaAllah. Aku tolong mak aku apa yang patut untuk persediaan majlis tahlil pada hari Sabtu. Tetapi aku tak dapat nak hadirkan diri dalam majlis tu..huhu. Terpaksa la, aku nak pergi kuliah tafsir. Harap-harap dapat bertemu Wak Ju dan Wak Deris (suaminya), insyaAllah.

Akhir kata untuk aku, tuntutlah ilmu walaupun aku hanya seorang suri rumah. Tanggungjawab menuntut ilmu bagi setiap muslim adalah setiap hari. Tidak hanya di sekolah atau universiti. Daripada buku, majalah, internet, radio, tv dan alam sekeliling perlu kita cari kekayaan ilmu Allah. Mudah-mudahan kita menjadi lebih dekat dekat dengan DIA apabila menemui keajaiban dan keindahan yang tak terkira... Amiin.

SELAMAT DATANG

TARIKH HARI INI

WAKTU MALAYSIA

WAKTU SOLAT

PERISTIWA

MendekatiMU

Aku Hanya Hamba

Permintaanku mensyaratkan aku memberi...
Pencarianku menuntut aku menghayati...
Penantianku memerlukan kesabaran...
Pengharapanku membuat aku percaya...
Namun... segalanya amatlah mencabar...
sehingga perlu menjadi ikhlas dan zuhud.

TEMAN MENUJU AKHIRAT

Suami Tercinta : Mohamad Fairuz bin Abu Amin
Asal : Kluang, Johor

HAMBA TERPILIH

TERIMA KASIH