AKU SEORANG HAMBA

Siapa DIA yang mampu mencipta seorang 'aku'.... pasti DIAlah yang maha hebat yang mampu mencipta dunia!

Talian Hayat


Bismillahirrahmanirrahiim...

Life Line 4 Gaza atau Talian Hayat ke 4 Gaza merupakan kempen peringkat antarabangsa dalam usaha membebaskan Gaza dari tangan Israel. Pergerakan ini berpusat di Cyprus, Turki, Indonesia dan lain-lain lagi.
Ia merupakan lanjutan daripada program-program Talian Hayat sebelum ini.

Antara NGO dari Malaysia yang menyertai kempen ini ialah:
  • HALUAN Palestin (HALUAN - Pertubuhan Himpunan Lepasan Istitusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia) 
  • PACE (Palestine Centre for Excellence)
  • JIM (Jemaah Islam Malaysia)
  • Aqsa Syarif
  • Pertubuhan Mawaddah Malaysia
  • Viva Palestina Malaysia
  • MAPIM (Majlis Perundingan Pertubuhan-pertubuhan Islam Malaysia)

Seperti yang dilaporkan, dalam program Lifeline sebelum ini, aktivis-aktivis antarabangsa termasuk dari Malaysia yang cuba memasuki Gaza melalui pintu Rafah di Mesir telah disekat oleh pihak pemerintah Mesir. Dengan susah payah, setelah ditangkap sehingga ada yang cedera parah, dengan izin Allah, mereka berjaya membawa masuk kenderaan-kenderaan yang sarat dengan ubat-ubatan, makanan dan sebagainya ke Gaza. Namun semuanya masih belum mencukupi.


Kini Mesir sedang membina tembok besi sedalam 20-30m ke bawah tanah sehingga 9-10 km. Langkah ini telah menutup lebih seribu terowong bawah tanah yang menjadi satu-satunya jalan yang tinggal bagi rakyat Palestin mendapatkan bekalan makanan, ubat-ubatan dan lain-lain dari luar. Persisiran pantai mereka sentiasa dikawal ketat oleh Israel sejak bertahun-tahun dahulu. Tanaman telah habis dilanyak kereta kebal. Haiwan peliharaan dirampas dan dibunuh. Tiada apa yang tinggal buat mereka. Segala jalan keluar masuk dengan dunia luar telah ditutup secara paksa melainkan yang tinggal hanyalah pintu-pintu yang dikawal ketat. Ia adalah penjara terbesar di dunia ini!

Tembok besi yang sedang dibina oleh Mesir telah menutup terowong bawah tanah dari Gaza

Perjanjian demi perjanjian hanyalah mainan Zeonis bagi mengaburi mata masyarakat antarabangsa. Apa yang nyata, setiap hari ada saja nyawa rakyat Islam Palestin melayang di tangan mereka.

Semasa pemerintahan Mustafa Kamal yang menjatuhkan kerajaan kalifah Islamiyah di Turki, beliau telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan haram Israel. Antara intipatinya ialah Kerajaan Turki tidak boleh menyerang mana-mana kapal Israel dan sebaliknya.

Dengan ini, Lifeline 4 dengan kerjasama dari PM Turki, Recep Tayyip Erdogan akan menggunakan 'kelebihan' ini bagi menyampaikan misi bantuan ke Gaza melalui jalan laut.

PM Turki, Recep Tayyip Erdogan

Objektif HALUAN dalam misi ini adalah
  1. Menyedarkan masyarakat tentang agenda kejam Zionis Israel terhadap rakyat Palestin.
  2. Mengajak masyarakat Malaysia bersama menentang dasar 'aparthied' serta pembersihan etnik yang menjadi teras utama Israel.
  3. Mengutip dana khas bagi projek kemanusiaan bagi membantu rakyat Palestin.
  4. Menghantar misi kemanusiaan berbentuk perubatan, pendidikan dan kebajikan ke Gaza.

HALUAN Palestin juga diberi kepercayaan dalam misi kemanusiaan ini antaranya
  1. Membina telaga tiub di Gaza dengan kerjasama Wisma Putra.
  2. Memberi bantuan mikrokredit di Gaza dengan kerjasama Wisma Putra.
  3. Membina Masjid Ahmad Yassin di Gaza.
  4. Kerjasama hantaran bantuan ke Gaza bersama NGO antarabangsa.

Oleh itu, marilah kita sama-sama membantu dengan kemampuan yang Allah pinjamkan kepada kita ini kepada saudara seIslam di sana. Bagi sesiapa yang ingin menyampaikan bantuan berbentuk kewangan, bolehlah melakukan demikian melalui akaun bank seperti di bawah. Sesiapa yang mempercayai saya, boleh juga menghubungi saya melalui emel (conan_edogawa@live.com.my) atau telefon bagi yang mengenali untuk tujuan yang sama. Sumbangan ini dibuka sehingga selewat-lewatnya pada 13 April 2010. InsyaAllah.


Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman sesawang berikut:

"Bandingkan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya." [Al-Baqarah : 261]

SELAMAT DATANG

TARIKH HARI INI

WAKTU MALAYSIA

WAKTU SOLAT

PERISTIWA

MendekatiMU

Aku Hanya Hamba

Permintaanku mensyaratkan aku memberi...
Pencarianku menuntut aku menghayati...
Penantianku memerlukan kesabaran...
Pengharapanku membuat aku percaya...
Namun... segalanya amatlah mencabar...
sehingga perlu menjadi ikhlas dan zuhud.

TEMAN MENUJU AKHIRAT

Suami Tercinta : Mohamad Fairuz bin Abu Amin
Asal : Kluang, Johor

HAMBA TERPILIH

TERIMA KASIH