AKU SEORANG HAMBA

Siapa DIA yang mampu mencipta seorang 'aku'.... pasti DIAlah yang maha hebat yang mampu mencipta dunia!

Ke KL Lagi...

Seminggu selepas ke KL (Kuala Lumpur), aku dan suami ke KL lagi, kali ni bersama family sebelah suami pula. Ada majlis walimah anak sepupu suami, Linda namanya. Majlis nikah pada malam 19 Mac 2010 dan majlis walimahnya pada 20 Mac 2010.

Mulanya kami bercadang akan bermalam di rumah abang iparku (angah / Mohamad Razif - anak ke-2). Namun disebabkan beberapa 'masalah', kami terpaksa menempah hotel berdekatan tempat kejadian.

Dari Kluang 2 kereta. 1 kereta A-an (Mohamad Farhan - abang ke-2 suamiku, anak ke-4). Dia bersama isterinya (Nor Aishah) akan terus pulang ke Perak. 1 kereta lagi ialah kereta bapa mertuaku (Abu Amin Abdul Rahman). Drivernye suamiku. Jadi, bapa mertua, ibu mertua (Romini Sulaiman) suamiku dan aku sekereta la.

Kami bertolak dalam pukul 3.30 ptg selepas Jumaat, 19 Mac 2010 sejurus selepas Ude (Norazlina - kakak  suamiku, anak ke-3) sekeluarga dan seorang rakan berangkat pulang ke Kedah. Suamiku telah bercuti dari hari Khamis lagi kerana ingin meluangkan masa bersama Ude yang jarang dapat bertemu kerana menetap jauh di Kedah mengikut suami. Ude telah pulang ke Kluang bercuti beberapa hari sempena cuti sekolah.

Cuaca agak redup, tidak panas dan tidak pula hujan pada ketika itu. Kami berhenti rehat dan solat jamak di R&R Seremban. Hujan telah turun beberapa minit sebelum itu dan kian lebat. Basah kuyup jadinya kami, tambahan pula tiada payung. Yang membimbangkan adalah ibu mertuaku kerana kakinya sudah tidak kuat. Mujur ada yang sudi meminjamkan payung. Kami terpaksa menukar pakaian untuk majlis pernikahan Linda malam itu kerana tidak sempat nak ke hotel memandangkan kami telah lewat 1 jam bertolak dari Kluang dan jem.

Hujan mula reda namun belum berhenti. Kami meneruskan perjalanan dalam pukul 7pm lebih. Masalah aircond timbul lagi (seperti minggu lepas - Saat-saat Bersama Keluarga). Penghawa dingin tidak berfungsi!!! Teringat sebelum berhenti aku perasan ada bau pelik dari angin aircond...

Suamiku nekad meneruskan perjalanan dalam keadaan hujan dan kereta berwap...huhu. Kami berselawat dan berdoa pada Allah agar dipermudahkan urusan kami. Alhamdulillah, kami tidak sesat dan tiba awal sebelum majlis bermula. Dapatlah menghilangkan penat... Tapi, perut masing-masing berkeroncong... Teringat bekal nasi dan lauk ayam masak kicap dalam bonet belakang Volvo abah. Sempat juga kami 'mencopet' beberapa biji kuih hidangan untuk jamuan selepas majlis akad nikah.

Angah tiba beberapa minit sebelum majlis bermula. Dia berdua sahaja dengan anak sulongnya, Kimi. Isterinya kak Yan (Norazian Rahmat) dan anak bongsunya ,Sofea tidak ikut. Sofea tak berapa sihat katanya. Majlis akad nikah berlangsung dengan jayanya. Majlis diakhiri dengan marhaban yang dipimpin oleh abah. Lepas tu... apa lagi makannnn! Alhamdulillah.

Lepas tu baru la nak ke 'hotel'. Menurut Abang Aziz (bapa Linda, sepupu suamiku) ada sebuah hotel berdekatan. A-an pula kata, dia ada nampak hotel tersebut semasa kami menuju ke sini. Alhamdulillah, jumpa dengan senangnya. Cuma tak berapa senang dengan keadaan 'hotel' itu... Aku rasa ia tak layak dipanggil hotel, mungkin rumah tumpangan ke... Biliknya sangat sempit, bantalnya berbau peluh, dan..... Agak geli la jugak, tapi terpaksa. Aku dan suami solat berjemaah di atas katil. Di bilik mak dan abah terdapat sebuah Bible, tapi di bilik aku tiada. Dalam peti ais setiap bilik (aku rasa) ada air minuman termasuk arak selain makanan ringan. Di hotel tu juga ada saudara lain yang datang jauh menyewa di situ. Mak Ude, kakak abah menangis kerana tidak selesa untuk solat. Kesian...

Aku dan suami saling mengingati agar tetap bersyukur. Bayangkan umat Islam lain seperti di Palestin yang hanya tidur di runtuhan banggunan...

Esoknya kami bersarapan di warong depan 'hotel'. Setelah itu aku menemani suami menghantar kereta untuk dibaiki aircondnya di bengkel berdekatan. Alhamdulillah, hanya RM10.00 dikenakan. Aku bayangkan mungkin beratus... Masalahnya hanya wayarnya putus.

Kami check out pada pukul 11.00 pg dan terus ke rumah pengantin. Ramai saudara sebelah suamiku dapat aku kenal. Sebenarnya suamiku sendiri juga telah lama tak bertemu dengan sebahagian dari mereka sejak kecil. Sebab tu aku menyokongnya pergi ke majlis ni walaupun ada halangan. Sementara mak dan abah masih hidup, dapatlah mereka kenalkan saudara-maranya kepada anak-anak. Takut-takut terputus saudara. Ayahku kata, besar pahalanya menyambungkan tali silaturrahim, manakala memutuskannya adalah berdosa besar. Aku juga pernah terbaca sepotong hadis Nabi SAW seperti itu, tapi aku tak berapa ingat biji butirnya.

Jadi kalau ada orang tak mau bersaudara dan tak mau bertegur sapa dengan aku, dia yang rugi, dia yang berdosa. Mungkin aku ada salah menyebabkan dia mengelak bersalam dengan aku, tapi alasannya amatlah kelakar. Tak elok la aku ceritakan di sini. Cuma harap-harap tuan punya badan... kalau-kalau terbaca coretan aku ni, dapat la dia fikir-fikirkan. Aku dah menghulurkan salam, wajib dijawab, tapi dia menepis. Aku rasa aku dah terlepas... Aku sendiri tak tahu hujung-pangkal tiba-tiba aku diboikot. Biarla... hanya Allah yang tahu. Aku minta maaf kepada "dia" kalau "dia" membaca...

Dapat juga bertemu dengan Edil (Zahidil Fadli - adik suamiku, anak ke-8) dan angah sekeluarga. Edil belajar di Pusat Latihan Kejuruteraan MAS. Acik (Norazmah - adik perempuan suamiku, anak ke-6) dan suaminya dari Banting tak sempat kami jumpa. Samada mereka datang majlis tu atau tidak aku tak pasti. Along (Nor Amiza - kakak suamiku, anak pertama) sekeluarga, Apis / Abang (Mohamad Hafiz - adik suamiku, anak ke-7), Ude dan Pa-in  (Nur Farahin - adik suami, anak bongsu) tak dapat hadir kerana urusan masing-masing.

Setelah itu, kami bertolak balik ke destinasi masing-masing. Abah, mak, aku dan suamiku pulang ke Kluang. Esok pagi selepas subuh, aku dan suami bertolak ke Kota Tinggi memasang wallpaper, selepas itu ke sebuah rumah lagi di Taman Setia Tropika di JB juga memasang wallpaper. Tepat 12.00 tengah malam, kerja itupun selesai. Kami terus bergegas pulang... Alhamdulillah.

SELAMAT DATANG

TARIKH HARI INI

WAKTU MALAYSIA

WAKTU SOLAT

PERISTIWA

MendekatiMU

Aku Hanya Hamba

Permintaanku mensyaratkan aku memberi...
Pencarianku menuntut aku menghayati...
Penantianku memerlukan kesabaran...
Pengharapanku membuat aku percaya...
Namun... segalanya amatlah mencabar...
sehingga perlu menjadi ikhlas dan zuhud.

TEMAN MENUJU AKHIRAT

Suami Tercinta : Mohamad Fairuz bin Abu Amin
Asal : Kluang, Johor

HAMBA TERPILIH

TERIMA KASIH