AKU SEORANG HAMBA

Siapa DIA yang mampu mencipta seorang 'aku'.... pasti DIAlah yang maha hebat yang mampu mencipta dunia!

CINTA PERLUKAN BUKTI... PROVE IT!!!

Assalamualaikum.
Alhamdulillah... aku diberi kesempatan berkongsi rasa dalam usahaku berjuang menuju Allah.

Semalam, aku telah diperingatkan tentang cinta...

Lumrahnya, jika kita menyintai seseorang, cinta itu mahu dilahirkan. Seperti anak-anak muda, pelbagai tanda cinta diberi kepada sang kekasih. Cuma bagaimana kita gambarkan ia? Cukupkah cinta hanya di bibir sedangkan perbuatan langsung menyimpang malah curang? Adakah cukup sekadar "I LOVE U"?

Sebagai seorang Islam yang merindui rahmat Allah, apakah cinta yang patut kita utamakan dalam hidup kita?
Jika kita mahu kasih sayang Allah, apakah yang harus kita kejar semasa hayat ini?
Apakah layak kita dikasihi Allah?
Bagaimanakah kita melayakkan diri dipandang oleh Allah SWT?

Marilah kita lihat, bagaimana ciri-ciri seorang kekasih-NYA, iaitu Nabi junjungan Muhammad SAW.

Inilah cinta yang harus kita kejar, kerana cinta inilah cinta yang maha agung. Cinta yang tak akan dikhianati. Cinta yang paling mewah dengan kasih sayang.

Sedarkah kita betapa Nabi mengasihi kita melebihi dirinya sendiri? Tahukah kita betapa penderitaan yang dilalui baginda demi menyelamatkan kita daripada neraka Allah? Baginda sanggup bersusah-payah demi umatnya ini. Apakah balasan kita padanya?

Marilah kita kejar cinta ini. Bagaimana??? Apakah cukup kita menyambut maulidurrasul setahun sekali?

Apa yang lebih penting, kita balas jasanya dengan mengikuti seruannya dan syariatnya,  mengamalkan sunnahnya serta menjauhi bida'ah. Marilah kita jejaki kesan-kesan kasih sayang baginda agar kita dapat menghayati bagaimana perit pengalaman baginda berdakwah.

Suburkan hati kita supaya layak hati ini menerima hidayah dari Allah SWT. Janganlah kita hanya berpeluk tubuh dan berkata 'inilah takdirku'. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubahnya.

Hati ini seperti tubuh, ia perlukan 3 perkara untuk menjadi subur.

  • Pemeliharaan supaya ia selamat
  • Makanan supaya ia hidup
  • Ubatan supaya ia sihat
Apakah bentuk pemeliharaan yang wajar bagi hati ini?
Apakah makanan yang patut diberi kepada hati?
Ubat apakah yang perlu dibekalkan buat sang hati?

Percayalah bahawa hati yang terang adalah hati yang dipenuhi iman. Ia terang bak cahaya yang bahagia lalu menerangi orang di sekelilingnya. Namun, hati yang mati hanyalah hidup di dalam kegelapan yang meresahkan. Kematian ini akan menjadikan ia keras, kasar dan kian jumud. Hati yang umpama mayat ini tidak layak menerima hidayah dari Allah SWT.

Wahai aku...tidak lain tujuan aku diciptakan hanyalah demi menyembah-NYA. Bagaimana jika aku tidak menerima hidayah Allah, apakah boleh aku sendirian menjadi hamba yang patuh? Bagaimana aku bisa lulus sedangkan tiada ilmu yang aku pelajari?

Wahai aku..., bersihkan lah hati ini, kerana ruang untuk kasih sayang sejati adalah di tempat yang suci bercahaya, bukan gelap lagi menderita.

0 comments:

SELAMAT DATANG

TARIKH HARI INI

WAKTU MALAYSIA

WAKTU SOLAT

PERISTIWA

BERITA

MendekatiMU

Aku Hanya Hamba

Permintaanku mensyaratkan aku memberi...
Pencarianku menuntut aku menghayati...
Penantianku memerlukan kesabaran...
Pengharapanku membuat aku percaya...
Namun... segalanya amatlah mencabar...
sehingga perlu menjadi ikhlas dan zuhud.

TEMAN MENUJU AKHIRAT

Suami Tercinta : Mohamad Fairuz bin Abu Amin
Asal : Kluang, Johor
Daisypath Anniversary tickers

HAMBA TERPILIH

TERIMA KASIH