AKU SEORANG HAMBA

Siapa DIA yang mampu mencipta seorang 'aku'.... pasti DIAlah yang maha hebat yang mampu mencipta dunia!

MALAIKAT SUKA MENYERUPAI SAHABAT NABI

Bismillahirrahmanirrahiim

Kuliah Tafsir kali ini disyarahkan oleh Dr Wan Nasyrin bin Wan Abdullah dari UKM. Syarahan ini adalah sambungan dari kuliah beliau pada 29.10.2009. Walaupun beliau adalah pakar dalam ilmu Hadis, namun beliau mampu menyampaikan kuliah mengenai Al-Quran sebagai Kalamullah.

Ia tidak hairan kerana Al-Hadis adalah sangat berkait rapat dengan Al-Quran. Hadis sendiri merupakan penerangan-penerangan kepada isi Al-Quran. Allah menurunkan Al-Quran untuk panduan yang wajib dipegang oleh semua manusia. Ia adalah perlembagaan hidup yang sangat lengkap bagi manusia kerana ia datang daripada Allah yang Maha sempurna.

Nabi Junjungan SAW pula ditugaskan menyampaikan kandungannya kepada kita, bukan sahaja bangsa Arab, malah ke seluruh pelusuk dunia selagi ada manusia dan jin. Segala perbuatan, percakapan dan diamnya Rasulullah itu dinamakan As-Sunnah atau Al-Hadis. Segala yang dilakukan Nabi, tidak lain adalah demi menyeru manusia mengesakan Allah seperti yang terkandung di dalam Al-Quran.

Dalam satu peristiwa di mana ketika Nabi SAW menerima wahyu, malaikat Jibrail yang menyampaikan wahyu itu telah menyerupai seorang sahabat baginda bernama Dihyah al-Kalbi. Ada ketika yang lain malaikat telah menyerupai sahabat Nabi tersebut. Ini keranaDihyah al-Kalbi adalah sahabat Nabi yang sangat tampan, hidupnya jauh dari orang ramai, percakapannya teratur, langkahnya tersusun, bersih dan kemas serta segak orangnya.

Wahyu yang diterima oleh Nabi pada peristiwa ini adalah wahyu yang paling panjang pernah diterima baginda. Isi kandungan hadis itu menyentuh tentang tanda-tanda akhir zaman. Antaranya ialah 

'apabila hamba melahirkan tuan'
 Ayat ini memberi 2 maksud
  • Di mana pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan Islam, seorang raja yang telah dijual oleh seorang ulama' di sebuah pasar kerana baginda adalah anak hamba dan masih belum merdeka / merdaheka. Setelah raja itu dibeli oleh perdana menterinya, baginda telah mengarahkan ulama' tersebut dipenjarakan kerana dikatakan telah menjatuhkan maruah baginda. Walau bagaimanapun, Allah telah menyelamatkan ulama' tersebut dengan mengambil nyawanya sebelum sempat dipenjarakan. Maka, layaklah raja tersebut meneruskan pemerintahannya kerana telah merdeka, bukan lagi hamba.
  • Apabila seorang ibu melahirkan anak dan setelah anak itu dewasa, dia memperlakukan ibunya seperti orang gaji. Ini kita dapat lihat di merata-rata tempat di Malaysia sekarang. Ramai ibu disuruh menguruskan cucu. Sehinggakan ibu yang telah tua tidak ada masa untuk diri sendiri kerana 'menolong' anak-anak menjaga cucu, mengemas rumah dan sebagainya.
Aku teringin mencari lagi kisah tentang 'hamba menjadi raja' itu dan peristiwa 'penyamaran malaikat' tadi. Ia sangat menarik bagiku kerana ini merupakan kali pertama aku mendengar kisah seumpamanya.

Aku ingin mengingatkan diriku dan sahabat sekalian, jika kita mempunyai anak, janganlah menyuruh ibu bapa kita menjadi tukang urus anak-anak kita. Sekolahnya, makannya, minumnya, pakaiannya. Cukup sekadar anak-anak kita itu menjadi peneman dan penghibur mereka sahaja, jangan sampai menjadi beban. Jika terpaksa meletakkan anak-anak di bawah jagaan orang tua kita, pastikan segala kelengkapannya cukup, duit belanjanya cukup, makanannya cukup, pakaiannya cukup. Jangan pula ibu kita yang bersusah payah membasuh pakaian anak-anak kita, membayar yuran persekolahannya, membelikan makan pakainya dan keperluan lain. Mungkin boleh kita kirimkan seorang pembantu bagi membantu ibu bapa kita di sana.

Dan jika kita pula seorang ibu atau ayah, ingatkanlah anak-anak kita jangan sampai mereka memperlakukan kita seperti hamba. Ibu bapa adalah tuan kepada anak-anak.

0 comments:

SELAMAT DATANG

TARIKH HARI INI

WAKTU MALAYSIA

WAKTU SOLAT

PERISTIWA

BERITA

MendekatiMU

Aku Hanya Hamba

Permintaanku mensyaratkan aku memberi...
Pencarianku menuntut aku menghayati...
Penantianku memerlukan kesabaran...
Pengharapanku membuat aku percaya...
Namun... segalanya amatlah mencabar...
sehingga perlu menjadi ikhlas dan zuhud.

TEMAN MENUJU AKHIRAT

Suami Tercinta : Mohamad Fairuz bin Abu Amin
Asal : Kluang, Johor
Daisypath Anniversary tickers

HAMBA TERPILIH

TERIMA KASIH