AKU SEORANG HAMBA

Siapa DIA yang mampu mencipta seorang 'aku'.... pasti DIAlah yang maha hebat yang mampu mencipta dunia!

KULIAH TAFSIR DAN TAHLIL

Malam ni aku mengadap komputer lagi...tentulah suami aku yang punye. Semoga dia mendapat pahala.

23hb ni ada kuliah tafsir di Batu Pahat bermula jam 9pg-12tgh. Dalam masa yang sama kat rumah ayahku insyaAllah diadakan tahlil ringkas.Tiada sesiapa yang balik di kalangan adik-beradikku dari KL mahupun Kelantan. Lagipun agenda ni dirancang agak terkejut jugala. Mungkin sempena kepulangan Wak Ju dan keluarga yang dah lama tak pulang. Maklumlah, kesihatan sudah tidak segagah dulu.

Wak Ju (Juriah) adalah kakak kandung ayah seibu sebapa yang sulung. Dialah satu-satunya adik-beradik perempuan seibu-sebapa. Usianya mungkin dalam 70-an, kurang atau lebih. Sedangkan ayahku yang merupakan adik ke-3nya dah mencecah 64tahun insyaAllah pada 2010 ni.

Adik-beradik seibu sebapaku yang lain ialah Wak Noh (Mohd Noh) dan Wak Aceh (Salleh). Selain adik-beradik seibu, ada 5 orang adik di bawah ayah berlainan ibu tapi sebapa. Namanya Munawarah (Mak Mon), Musharafah (Mak Pah), Mak Dah (alamak, aku tak ingat nama penuhnye..-nanti aku updatekan), Abd Kadir (Cik Kadir) dan Jalani (Cik Ani). Cik Kadir dan Cik Ani ni kembar seiras. Hubungan mereka semua boleh dikatakan rapat sampai sekarang walaupun dah bercucu. Bagusla alhamdulillah. Aku masih la kenal semua sepupuku. Cume anak-anak diorang je aku tak berapa ingat namanya. Hehe.. maaf la.

Berbalik kepada kuliah tafsir. Biasanya kelas ni diadakan pada hari Khamis, sebulan sekali. Jadualnye telah dirancang dan ditetapkan oleh jawatankuasanya. Namun disebabkan jadual pensyarah yang terlibat amatlah padat, maka terpaksalah kuliah kali ini ditukar kepada hari Sabtu. Pensyarahnye memangla terdiri daripada pakar-pakar dan alim ulamak handal lagi ternama. Antaranya Ustaz Hasan Din Al-Hafiz, Ustaz Zahazan dan lain-lain. Rugi tak datang. Sebenarnye kelas ni dibuat untuk guru-guru Al-Quran macam mak aku. Tapi takde syarat pun dikenakan. Orang biasa yang tak mengajar mengaji pun boleh join. Jadi, aku pun ikut la.

Setelah membuat pertimbangan, aku akan balik ke Batu Pahat esok insyaAllah. Aku tolong mak aku apa yang patut untuk persediaan majlis tahlil pada hari Sabtu. Tetapi aku tak dapat nak hadirkan diri dalam majlis tu..huhu. Terpaksa la, aku nak pergi kuliah tafsir. Harap-harap dapat bertemu Wak Ju dan Wak Deris (suaminya), insyaAllah.

Akhir kata untuk aku, tuntutlah ilmu walaupun aku hanya seorang suri rumah. Tanggungjawab menuntut ilmu bagi setiap muslim adalah setiap hari. Tidak hanya di sekolah atau universiti. Daripada buku, majalah, internet, radio, tv dan alam sekeliling perlu kita cari kekayaan ilmu Allah. Mudah-mudahan kita menjadi lebih dekat dekat dengan DIA apabila menemui keajaiban dan keindahan yang tak terkira... Amiin.

0 comments:

SELAMAT DATANG

TARIKH HARI INI

WAKTU MALAYSIA

WAKTU SOLAT

PERISTIWA

BERITA

MendekatiMU

Aku Hanya Hamba

Permintaanku mensyaratkan aku memberi...
Pencarianku menuntut aku menghayati...
Penantianku memerlukan kesabaran...
Pengharapanku membuat aku percaya...
Namun... segalanya amatlah mencabar...
sehingga perlu menjadi ikhlas dan zuhud.

TEMAN MENUJU AKHIRAT

Suami Tercinta : Mohamad Fairuz bin Abu Amin
Asal : Kluang, Johor
Daisypath Anniversary tickers

HAMBA TERPILIH

TERIMA KASIH