Assalamualaikum...
Bismillahirrahmaanirrahiim...
Bersyukur kepada Allah di atas kurniaanNya, kesempatan dan kemampuan menyampaikan apa yang menjadi tanggungjawab kita semua, insyaAllah.
Kepada yang sudi membaca, diharap semoga Allah bukakan hati-hati kita mengorak langkah menjalankan kewajipan kepada saudara seIslam di mana jua, terutama di Gaza khasnya.
Projek Kutipan Dana Life Line 4 Gaza masih lagi dibuka, insyaAllah. Setakat hari ini, kutipan masih lagi belum mencukupi, sedangkan mereka di sana sedang bertarung nyawa. Ubat-ubatan yang tak mencukupi, doktor yang sedikit, hospital pun dalam keadaan dhaif, keperluan yang serba kekurangan.
Bukalah mata hati kalian (kita)... Pandanglah kesengsaraan mereka. Mereka diancam dan berjuang bukan sahaja dengan Israel malah mereka berjuang untuk hidup, mereka berlawan dengan kelaparan, mereka menahan kesejukan namun mereka tidak takut atau menyerah kalah. Mereka idamkan syahid di jalanNya. Kanak-kanak tidak mengenal taman-taman permainan atau melancong pada musim cuti sekolah. Apa yang mereka tahu, setiap hari perlu melepasi benteng-benteng Israel untuk pergi belajar. Para ramaja melontar batu berlawan dengan kereta kebal Israel. Tiada masa untuk berparti menyambut hari lahir atau membeli-belah.... Anak dara berkahwin pada umur belasan tahun. Mereka rela untuk berjuang melahirkan para mujahidin.
Sedarkah kita bahawa mereka sebahagian dari kita dan kita sebahagian dari mereka??? Dalam harta kita ada hak mereka.... Walaupun hanya RM1.00, besar ganjarannya di sisi Allah jika kita ikhlas....
Marilah wahai saudaraku, marilah wahai sahabatku, marilah wahai umat Islam.... hulurkanlah sedekah anda untuk rakyat Palestin. Semoga ia menjadi penyelamat kita di akhirat Allah, insyaAllah.
Sebelum 15 Mei 2010....
Talian Hayat
- HALUAN Palestin (HALUAN - Pertubuhan Himpunan Lepasan Istitusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia)
- PACE (Palestine Centre for Excellence)
- JIM (Jemaah Islam Malaysia)
- Aqsa Syarif
- Pertubuhan Mawaddah Malaysia
- Viva Palestina Malaysia
- MAPIM (Majlis Perundingan Pertubuhan-pertubuhan Islam Malaysia)
Objektif HALUAN dalam misi ini adalah
- Menyedarkan masyarakat tentang agenda kejam Zionis Israel terhadap rakyat Palestin.
- Mengajak masyarakat Malaysia bersama menentang dasar 'aparthied' serta pembersihan etnik yang menjadi teras utama Israel.
- Mengutip dana khas bagi projek kemanusiaan bagi membantu rakyat Palestin.
- Menghantar misi kemanusiaan berbentuk perubatan, pendidikan dan kebajikan ke Gaza.
- Membina telaga tiub di Gaza dengan kerjasama Wisma Putra.
- Memberi bantuan mikrokredit di Gaza dengan kerjasama Wisma Putra.
- Membina Masjid Ahmad Yassin di Gaza.
- Kerjasama hantaran bantuan ke Gaza bersama NGO antarabangsa.
"Bandingkan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya." [Al-Baqarah : 261]
Labels: Al-Baqarah , Gaza , HALUAN , HALUAN Palestin , Israel , JIM , Life Line 4 Gaza , Mesir , Mustafa Kamal , PACE , Palestin , Recep Tayyip Erdogan , tembok besi , terowong
Rasulullah....
Alhamdulillah. Dengan keizinan-Nya,aku diberi kekuatan, ruang dan peluang mengikuti majlis-majlis ilmu.
Semoga program-program yang aku hadiri ini menjadi laluan aku melihat kebesaran Allah dan merasai kasih cinta Rasulullah.
Bagaimana cinta Rasulullah itu..? Cinta baginda tidak mengenal bangsa keturunan, pangkat, harta kekayaan, latar belakang keluarga dan cantik paras rupa. Cinta ini kekal selama hayat baginda, berlanjutan hingga ke padang mahsyar, dan akhirnya menunggu kita di syurga. Betapa agung cintamu ya Rasulullah.
Dan.. aku menitiskan air mata melihat vedio ini...
Bandingkan dengan cinta kita... masih sesama Islam, tapi dipenjara dek keturunan, dendam semalam, latar belakang keluarga, fahaman politik, bangsa dan negara....
Memang sangat jauh ibarat langit dengan bumi.
Apa kita buat jika jiran sebelah baru pindah, adakah sukarela menolong?
Melihat ibu yang penat dan sakit, adakah kita pinta dia rehat, biar kita saja yang buat semua kerja?
Andai saudara keputusan duit, bersungguhkah membantu sebelum diminta?
Apatah lagi yang jauh di mata...sedarkah mereka saudara seagama.....???
Sedangkan kita cukup makan, malah berlebihan dan terbuang selalu. Pakaian sampai tak muat almari. Kenderaan sorang satu.
Ya Allah, timbulkan rasa dari hati-hati kami, kasih sayang yang diikat oleh akidah Islam, yang tunjangnya adalah demi Tuhan yang esa, iaitu Engkau ya Allah....
Labels: cinta , Rasulullah
Wanita yang dicintai IBLIS
1. Wanita yang menderhaka kepada Allah
- Tidak mengenal Allah
- Cinta dunia takut mati - suke kemewahan dunia untuk bersenang-lenang bukan untuk dakwah
- Hati yang kotor
- Melakukan dosa - tak bertaubat kalau tersilap, tp syok je.. terus buat lagi
- Tidak mahu berdoa - sombong dgn Allah
- Wanita PENDENDAM
2. Wanita yang menderhaka kepada ibu bapa
- Menyakiti ibu bapa
3. Isteri yang derhaka kepada suami
- Isteri yang menolak panggilan suami
- Mendedahkan aurat kepada lelaki selain suami
- Tidak redha dengan pemberian suami - walaupun murah
- Menyakiti hati suami
- Mengejek dan mengutuk suami
- Membenci poligami
- Isteri yang derhaka kepada MERTUA (ibu bapa kepada suaminya)
4. Wanita yang mendedahkan aurat
- Menampakkan perhiasan
- Melakukan kemungkaran
- Wanita yang menyukai fitnah
- Berpakaian tapi telanjang - ketat, jarang, warna yang terlalu 'meriah', wangi harum semerbak
5. Wanita yang menyerupai lelaki
- Dari segi pakaian
- Dari segi suara
6. Wanita yang menyerupai orang kafir
- Dari segi pakaian
- Dari segi perbuatan
- Memakai pakaian yang ada tanda salib
- Memakai pakaian yang ada gambar makhluk bernyawa
7. Wanita yang tidak mahu mengurus anak
- Mengabaikan anak
- Cerewet kepada anak
- Memandang remeh dan menengking
- Tidak mahu berkumpul dan beramah mesra
- Sibuk bekerja
- Mengutamakan harta benda daripada anak / keluarga
- Penyakit wanita berkarier
8. Wanita yang dimurkai Allah
WANITA YANG DICINTAI IBLIS, susunan Khairul Ghazali, Terbitan Darul Nu'man, 2003
Labels: Allah , anak , aurat , bapa , Darul Nu'man , derhaka , fitnah , IBLIS , ibu , Isteri , kafir , Khairul Ghazali , lelaki , MERTUA , suami , Wanita