AKU SEORANG HAMBA

Siapa DIA yang mampu mencipta seorang 'aku'.... pasti DIAlah yang maha hebat yang mampu mencipta dunia!

Showing posts with label Institut Kefahaman Islam Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Institut Kefahaman Islam Malaysia. Show all posts

BELAJAR - MENGAJAR MENGAJI.....

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Alhamdulillah, masuk minggu ni dah 3 kali aku dan suami belajar mengaji... Hai kalau salah dengar, orang kata "Ai.. dah tua-tua pun belaja mengaji?" Biasanya itulah fenomena masyarakat kita. Bila dah tua, buat ape belajar mengaji lagi...??? Kan dulu masa kanak-kanak dah khatam. Aku terkilan dengan pandangan begini. Malah yang lagi sedih, ramai juga yang kononnya dah khatam Al-Quran terus tutup Al-Quran, tak buka-buka lagi dah untuk bacaan harian di rumah sendiri.... Nak 'mengkaji'nya apatah lagi...huhuhu.

Walau bagaimanapun, pendedahan-pendedahan dan usaha pelbagai golongan yang sedar telah sedikit sebanyak membuka mata banyak masyarakat. InsyaAllah, mudah-mudahan Allah beri kelapangan kepada mereka yang berdakwah ni. Tulisan santai ini pun diharap dapat memberi kesan yang baik kepada sesiapa yang membacanya, insyaAllah.

Asalnya memang aku nak sambung je ke kelas lanjutan, guna buku Qiraati Dewasa 2. Tapi setelah diterangkan, aku dapati isi pengajaran kali ni lain sikit, lebih detail. Ia takde dalam kelas asas yang aku masuk dulu. Jadi aku ambil keputusan masuk balik kelas asas ni. Alhamdulillah, berbaloi rasanya. Ustaz Sali yang mengajar kami tu pun belajar lagi memantapkan ilmunya, apatah lagi aku ni yang banyak tak betul lagi... Janganlah berkira nak belajar ilmu Allah ni. Kalau beli komik Detektif Conan sanggup, pergi mancing 2-3 kali boleh, takkanla g kelas mengaji lokek..ek? Semua harta kita ni pun Allah yang bagi. Kalaula Dia tarik balik sebab kita lokek dgn Allah...ha tak dapat aku bayangkan.

Dalam kelas mengaji bacth yang ni, aku sekelas dgn 3 perempuan lain dan ada 4 atau 5 orang lelaki tak termasuk suamiku. 3 perempuan tu sekeluarga, ibu dan 2 lagi anaknya. Mungkin dalam lingkungan umur 20-an, seorang telah berkahwin, dan seorang masih bujang. Suami perempuan tu pun belajar di situ juga, tapi kelas yang dibuat pada hari Ahad. Yang pelajar lelaki  pula aku tak berapa pasti. Pertama sebab aku tak rapat dengan mereka, kedua kerana mereka belum pernah hadir semua sekali serentak. Maksudnya minggu ni A datang, B dan C tak datang. Minggu depan pula C dan A je datang, yang lain tak.

Aku rasa lelaki banyak tugas lain di luar, mungkin outstation, kerja lebih masa, shift, masalah keluarga dsb. Jadi, bagi aku, elok kita didik anak-anak kita terutamanya lelaki sebelum mereka menjadi suami dan ayah. Kerana

  • mereka akan sibuk nanti dengan pelbagai tanggungjawab kepada isteri, anak-anak, ibu bapa, keluarga sebelah isteri dan kerja serta lain lain masalah. Pada masa tu, susah dia nak pergi ke kelas-kelas agama jika tidak dengan kesedaran yang mendalam. Lagi liat kalau kelas tu berbayar. Sementara masih remaja / bujang dan berkelapangan, eloklah dihantarkan belajar ilmu-ilmu agama.
  • mereka nanti akan menjadi pemimpin sekurang-kurangnya kepada keluarganya. Dia bertanggungjawab memastikan keluarganya sentiasa berada di  jalan yang lurus, jalan yang diredhai oleh Allah di mana ia akan dipersoalkan di akhirat kelak. Jika dia mengabaikannya, maka dia akan ditarik oleh isteri dan anak-anaknya ke neraka Allah, na'uzubillah!
Syukur kerana suamiku kini sedar tentang ilmu begini, malah bagiku, dia lebih kuat berbanding aku. Alhamdulillah, aku bersykur pada-Mu ya Allah. Apa yang Kau kurniakan padaku adalah harta yang tak ternilai bagiku. Jika kau tarik semua milik-Mu ini, tentulah aku tak punya apa-apa. Engkau beriku apa yang tak Kau beri pada orang lain dan semuanya adalah yang terbaik bagiku walaupun hanyalah kereta buruk atau kucing berkutu... ;) Mungkin jika aku menerima kereta yang baru dan mahal, aku menjadi lupa pada-Mu, na'uzubillah!!!

Kelas mengaji yang aku ajar pula alhamdulillah, dah ada sorang. Walaupun sorang, tapi aku puas mengajarnya. Budaknya baik, agak pemalu tapi berterus terang bila ditanya. Anak murid lama pun kemungkinan akan mengaji semula denganku kerana ibunya terpaksa kerja sampai malam. Sekarang mereka mengaji malam berdekatan dengan rumahnya. Memang jauh la dari tempat kerja ibunya. Jiran sebelah pun nak hantar anaknya mengaji katanya, tapi aku tak pasti bila dia nak mula...

Memang jarang kami berbual kerana hari-hari dia kerja dan aku pula jenis yang tak suka buat 'mesyuarat tingkap'.. hehehe. Memang jarang aku keluar rumah tak bersebab. Kalau tak kerana sidai kain, sapu daun-daun kering, jirus pokok, bagi makan kucing atau memang nak keluar ke kelas, balik kampung dsb, duduk dalam je la aku ni. Tapi aku mestila cari peluang juga beramah mesra dgn jiran-jiran. Tak elok pentingkan diri sendiri. Mana tau kot-kot mereka tengah susah..ek?

Jadi, sesiapa nak hantar anak mengaji ke tempat aku ni insyaAllah boleh sesangat le. Janji dia duduk dekat area Taman Daya, Johor Bahru, Malaysia. Sekarang aku dah tak terima kalau yang nak belajar malam. Siang je la yang boleh... Waktu malam untuk keluarga.

Yang penting hari pertama mengaji, aku nak sekurang-kurangnya ibu mesti ikut bersama untuk pendaftaran dan sedikit penerangan. Aku tak mahu ibu bapa pandang ringan ilmu mengaji Al-Quran ni walhal Al-Quran ni adalah perlembagaan hidup kita. Al-Quranlah sumber segala ilmu di dunia ni... Tak patut la kalau terpaksa ponteng ngaji kerana nak tuisyen. Mengaji tak penting ke? No.. no... no..... Mengaji Al-Quran lebih penting daripada lain-lain.

Kalau dah pandai mengaji sendiri takpe la..bagus g tuisyen tu, kuatkan ilmu-ilmu dunia supaya dapat mentadbir dunia mengikut acuan Allah seperti yang diterangkan dalam Al-Quran. Ini sebahagian jihad kita. Jangan biar orang kafir mentadbir dunia ikut kehendak mereka. Kalau tak, berlaku la penganiayaan, bencana alam, penipuan dsb. Sebab mereka tak fikir/ percaya hukuman di akhirat. Setiap perbuatan di dunia akan disoal di akhirat kelak. Mereka fikir nak kaut untung je, bukan sebab nak beribadah kepada Allah.

Bila aku mengajar mengaji ni aku sambil ajar akademik sekali seperti Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan English. Aku kaitkan dengan Allah serta selitkan hafalan dan sirah. Aku banyak guna Majalah Ana Muslim dan Sayang Muslim selain buku-buku rujukan KBSR. Dengan anak murid aku yang dulu, Danial dan Daleya pun aku buat macam tu juga. Aku dapat menguatkan lagi pelajaran yang aku dapat dari kelas Qiraati Dewasa dan Kuliah Tafsir.

Semoga Allah bantu aku mencari lagi ilmu-ilmu-Nya dan memberi peluang aku menyebarkannya pula, insyaAllah. Tak dapat mengajar di sekolah, mengajar di rumah pun banyak baiknya. Alhamdulillah.. semua yang Allah bagi aku ni sumenye baik belaka...!!

MUD TRAGEDY

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Pada malam 27.01.2010 lalu, aku mendengar kisah tentang lumpur panas yang keluar dari perut bumi dalam segmen Kembara Muslim di radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM.fm).

Kembara Muslim adalah antara segmen kegemaran aku kerana ia memaparkan pengalaman dan kisah-kisah di luar negara seperti di Kemboja, India, Indonesia dan lain-lain. Ia bukanlah program melancong untuk berseronok, tetapi bermusafir demi misi bantuan dan dakwah sambil mengambil iktibar atas kejadian-kejadian Allah di muka bumiNya ini selain mengeratkan silaturrahim sesama manusia. Banyak kupasan-kupasan menarik yang diketengahkan dari segi sejarah keturunan manusia, asal-usul nama sesuatu tempat, adat dan budaya, keunikan makanan, barangan cenderahati dan banyak lagi.


 


Lake created by mud with steaming mud flow in background.


Mudflow, photo taken on July 21, 2006


School destroyed by mud flow.

Rakaman pada 2006



Oktober 2008: Lautan lumpur panas sejauh mata memandang


Jun 2009: Usaha membina tembok terus dijalankan



Kejadian lumpur panas ini terjadi 12 km sebelah selatan kota Sidoarjo, Jawa Timur dekat kawasan Sumatera. Lumpur tersebut telah menenggelamkan 12 kampung dan kawasan perindustrian. Akibatnya, ia telah menjejaskan ekonomi, pertanian, pendidikan, sumber pendapatan, sistem perhubungan lebuhraya dan  telefon masyarakat sekitar kawasan terlibat. Sekurang-kurangnya 10,426 unit rumah serta 77 unit rumah ibadat telah ditenggelamkan.

Unsur-unsur kimia yang terdapat di dalam lumpur tersebut didapati tidak merbahaya setelah ujian makmal dilakukan menurut Ketua Laboratorium Biolingkungan F-MIPA Universitas Airlangga di Jakarta, Rabu (20/9/2006) [http://www.detiknews.com/index.php/detik.read/tahun/2006/bulan/09/tgl/20/time/202905/idnews/679483/idkanal/10]. Walaubagaimanapun, masih ada pihak mempersoalkannya. Tahap keselamatan akuatik dikatakan terancam jika lumpur ini mengalir ke kawasan perairan berdekatan.

Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyekat lumpur tersebut dari terus keluar. Apabila ditutup 1 lubang, akan terbuka lubang yang lain. Menurut Prof Zulkifli dalam kuliah tafsir tentang surah Al-Waqiah tempoh hari, lubang-lubang itu telah dituang simen. Namun banyak lubang lain muncul di banyak tempat yang lain. Dia sendiri pergi menyaksikan kejadian Allah ini. Subhanallah! Kerajaan Indonesia terpaksa membina tembok setinggi 2 tingkat banggunan untuk mengelak lumpur panas ini melimpah ke kawasan sekitarnya. Namun ia tidak menjamin lumpur itu tidak melimpah keluar kerana Institut Teknologi 10 Nopember Surabaya (ITS) menyatakan musim hujan memungkinkan tembok-tembok tanah itu terhakis. Apabila kita berdiri di atas tembok itu, apa yang dapat kita lihat adalah lumpur sejauh mata memandang yang tidak berpenghujung! Menurut kajian pakar, letusan lumpur panas ini dijangka berterusan sehingga 30 tahun akan datang. Bayangkanlah... tak tau nak kata.

Inilah antara tanda-tanda akhir zaman, di mana bumi akan mengeluarkan asap. Suatu hari, aku ingin ke sana untuk menyaksikannya, insyaAllah. Semoga kisah ini menjadi iktibar kepada kita untuk mendekatkan diri kepada Allah....

SELAMAT DATANG

TARIKH HARI INI

WAKTU MALAYSIA

WAKTU SOLAT

PERISTIWA

BERITA

MendekatiMU

Aku Hanya Hamba

Permintaanku mensyaratkan aku memberi...
Pencarianku menuntut aku menghayati...
Penantianku memerlukan kesabaran...
Pengharapanku membuat aku percaya...
Namun... segalanya amatlah mencabar...
sehingga perlu menjadi ikhlas dan zuhud.

TEMAN MENUJU AKHIRAT

Suami Tercinta : Mohamad Fairuz bin Abu Amin
Asal : Kluang, Johor
Daisypath Anniversary tickers

HAMBA TERPILIH

TERIMA KASIH