AKU SEORANG HAMBA

Siapa DIA yang mampu mencipta seorang 'aku'.... pasti DIAlah yang maha hebat yang mampu mencipta dunia!

Saat-saat bersama keluarga

Pada 13 Mac 2010, Sabtu, aku dan suami bersama-sama beberapa ahli keluargaku ke Kuala Lumpur. Kami telah merancang 1 bulan awal atas usaha ayah untuk bertamu abang-abangku di sana (Abang Wan/Mohamed Faiz dan Abang No/Mohd Noor) dan keluarga mereka. Kak Zana (isteri Abang No) dah masuk 5 bulan mengandung anak sulong, Abang Wan pula dah lama tak balik kampung. Adik (Abd Rahim) dari Kelantan memang mak tak harap datang sebab dia agak kesempitan walaupun dia berusaha nak joint da club.

Perancangan asal mahu menaiki 2 buah kereta dari BP (Batu Pahat) namun akhirnya kami sepakat menyewa sebuah van sahaja bagi menjimatkan kos perjalanan. Asalnya nak berada di sana 2 hari, jadi 1 hari, dan berubah fikiran, kata nak balik awal pagi 14 Mac 2010 berubah kepada Sabtu malam Ahad selepas 'Isya'. Tetapi apa yang terjadi kami balik lepas Maghrib selepas solat Maghrib berjamaah... Tahlil yang dirancangkanpun dibatalkan begitu sahaja.

Susah payah kami mencari kenderaan yang sesuai yang memenuhi kehendak kami: selamat, selesa dan murah. Hampir-hampir suamiku menyewa MPV milik kawannya, tetapi ayah lebih pantas menemui sebuah van milik seorang kenalannya. Memang sendat jugak la van tu dipenuhi kami 9 orang (6 dewasa dan 3 kanak2) selain makanan-makanan kampung, 'confeter' dan lain-lain yang nak dikirim kepada orang Kuala Lumpur.

Dalam perjalanan, hatiku berkecamuk dan berasa agak tidak tenteram...
Di pertengahan jalan, tiba-tiba ada bau hangit dari depan (aku duduk di sit belakang sekali). Beberapa detik selepas itu, keluar asap dari penghawa dingin.
Setelah memeriksanya, didapati fius aircond telah terbakar. Kami terpaksa meneruskan perjalanan dalam keadaan 'panas-panas sejuk' (panas sebab cuaca panas walaupun malam, sejuk sebab angin yang menderu masuk dari tingkap van).

Aku dan suami saling berpandangan sambil berbalas senyum pahit dan terus berselawat. Kami memohon agar Allah permudahkan urusan kami kerana tujuan kami adalah murni dan suci. Ayah mahu kami adik-beradik bersatu tak kira apa yang berlaku, silaturrahim mesti dipertahankan. Berita gembira dan cerita sedih seharusnya dikongsi bersama dan saling tolong-menolong serta nasihat-menasihati antara kami.

Suamiku mula gatal mata dan bersin-bersin. Dia kekal begitu sepanjang perjalanan malah sehingga balik ke JB walaupun dah ambil ubat. Kasihan dia... Semoga Allah memberi ganjaran kepadanya kerana pengorbanannya memberi sokongan kepada keluarga sebelah isterinya ini.

Beberapa jam sebelum bertolak, Abang No mengirim sms memberitahu bahawa Abang Wan terpaksa ke Lumut. Ketika itu, aku dan suami baru bergegas ke Batu Pahat mengejar masa menyertai ahli rombongan yang menanti kami di sana.

Aku berasa separuh sia-sia usaha ayah, Abang Mail (Ismail abang no 2), Abang Zin (Norisham abang sulong) dan suamiku serta mak. Mak awal-awal memasak rendang. Itulah pertama kali mak memasak rendang demi anaknya di Kuala Lumpur. Selain tu rencah asam pedas telah disiapkan supaya tak menyusahkan Kak Zana memasak nanti. Ayah pula dah siapkan ikan segar, ulam-ulam dan macam-macam lagi. Semuanya untuk jamuan kami anak-beranak di KL. Selain tu, susah jugak nak cari van / mpv yang murah sewanya tetapi selesa... Suamiku pula telah berhempas pulas menyiapkan kerja untuk 3 hari dalam masa 1 hari demi trip ini.... waaaaa kesian sume orang!!! Sedihnye!!!

Apakan daya, manusia hanya merancang, Allah yang menentukan.
Bagi mengisi masa, Abang No telah bawa kami ke Zoo Negara. Terubat juga rasa di jiwa. Tapi aku tahu ayah masih kecewa atau sedih. Dia tak mahu ikut kami, dia hanya tinggal seorang di rumah Abang No. Kami berpeluh-peluh la menaiki van tanpa aircond di KL yang panas dan jam sana-sini...

Dari kiri : mak (Sharipah Zaiadi), Ismail Amar, Norisham Amar, Mohamad Fairuz Abu Amin (suami), Fathiah Amar (aku), Mohamad Noor Amar, Ruhi Fadzlyzana Jailani (Kak Zana)

Pulang dari zoo, ayah kulihat hanya baring tidur. Kami yang kepenatan terus mencari pot tidur. Patang-petang, mak dan Kak Zana masak lauk yang dibawa dari kampung. Aku tidur mati. Bangun tinggal makan...huhu. Lepas tu aku kemas la sume.

Masa tu, baru ayah cakap nak balik cepat lepas Maghrib. Adui.. kelam kabut rasanya. Belum sempat apa-apa dah nak balik. Lepas solat Maghrib konon nak buat tahlil, tapi sebab aku ni konfius, jadi pergerakan aku lembab...hadoi...rasa bersalah. Ayah batalkan tahlil, cume cakap-cakap sket je. Itupun mak je yang bercakap, ayah tak berkata sepatahpun...

Aku cuba menyelami perasaan seorang ayah... amat sayu dan sedih rasanya....
Mungkin lain kali masih ada peluang... Aku harap ayah tak putus asa dan tabah.

0 comments:

SELAMAT DATANG

TARIKH HARI INI

WAKTU MALAYSIA

WAKTU SOLAT

PERISTIWA

BERITA

MendekatiMU

Aku Hanya Hamba

Permintaanku mensyaratkan aku memberi...
Pencarianku menuntut aku menghayati...
Penantianku memerlukan kesabaran...
Pengharapanku membuat aku percaya...
Namun... segalanya amatlah mencabar...
sehingga perlu menjadi ikhlas dan zuhud.

TEMAN MENUJU AKHIRAT

Suami Tercinta : Mohamad Fairuz bin Abu Amin
Asal : Kluang, Johor
Daisypath Anniversary tickers

HAMBA TERPILIH

TERIMA KASIH